Hari Wilayah Persekutuan mempunyai makna yang tersendiri kerana ia bukan hanya sekadar cuti umum tetapi juga bagi mengingati penubuhan Wilayah Persekutuan sejak tahun 1974 seperti yang dimaklumkan oleh Jabatan Wilayah Persekutuan di pautan
Berikut adalah maklumat dan info mengenai sambutan hari tersebut.
Sejarah Hari Wilayah Persekutuan
Mengikut rekod, Hari Wilayah Persekutuan telah diisytiharkan oleh bekas Perdana Menteri Kedua Malaysia, Tun Abdul Razak pada tahun 1974 sebagai memperingati penubuhan Wilayah Persekutuan.
Wilayah Persekutuan ialah wilayah yang merangkumi tiga buah wilayah yang merangkum Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya.
Kuala Lumpur merupakan wilayah yang pertama diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974.
Keputusan menjadikan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan bukan sahaja bersifat politik tetapi juga dari sudut keperluan ekonomi bagi memastikan kerajaan pusat membangunkan Kuala Lumpur sebagai pusat kewangan dan pelaburan untuk seluruh Malaysia.
Wilayah kedua yang diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan adalah Labuan yang dipindahkan dari Sabah pada tahun 1984.
Ini sebagai usaha menjadikan Labuah sebagai pusat perkhidmatan industri minyak dan gas di dalam negara.
Wilayah Persekutuan yang ketiga ialah Putrajaya yang diisytiharkan pada tahun 2001 sebagai pusat pentadbiran dan pusat kehakiman, manakala Kuala Lumpur kekal pusat legislatif atau perundangan.
Idea mewujudkan Wilayah Persekutuan ketiga dan juga sebagai ibu negara alternatif kepada Kuala Lumpur timbul sejak 1980-an yang mana dua kawasan menjadi pilihan utama iaitu Prang Besar di Selangor dan Janda Baik di Pahang.
Kerajaan Persekutuan kemudiannya memilih kawasan Prang Besar dan ia dinamakan semula sebagai Putrajaya.
Bendera Wilayah Persekutuan

- Kuning : Kedudukan yang dihormati, dimuliakan dan kedaulatan.
- Biru : Perpaduan, keikhlasan, dimuliakan dan kedaulatan.
- Merah : Semangat waja, kekuatan, keberanian dan bertenaga.
- Jata Negara : (Lambang harimau berjuang) melambangkan Wilayah Persekutuan.
- Tiga (3) Bintang : Di bawah Jata Negara membawa maksud 3 Wilayah Persekutuan terpenting iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang bernaung dan mendokong Wilayah Persekutuan.
Tarikh Hari Wilayah Persekutuan
Tarikh Hari Wilayah Persekutuan yang disambut pada setiap tahun adalah pada 1 FEBRUARI.
Oleh itu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan akan diberikan cuti umum di ketiga-tiga wilayah tersebut.
Tema Hari Wilayah Persekutuan 2026
Tema Hari Wilayah Persekutuan bagi tahun 2026 adalah “WILAYAH PERSEKUTUAN KITA.”


Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2026
Sempena hari tersebut, banyak acara dan program yang dirancang sebelum dan selepas Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari.
Berikut adalah jadual dan pengisian sempena sambutan hari tersebut.






Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh telah mengumumkan pelaksanaan kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.
Beliau menjelaskan kempen mengibarkan bendera itu bukan sekadar simbolik, sebaliknya membawa makna tanggungjawab dan akauntabiliti setiap individu dalam memastikan Wilayah Persekutuan kekal sebagai tempat yang selamat, inklusif dan berdaya tahan untuk didiami serta bekerja.




Sumber: Jabatan Wilayah Persekutuan
Baca juga: Cuti Belajar Penjawat Awam – Penambahbaikan Mulai 2026
News
Berita Teknologi
Berita Olahraga
Sports news
sports
Motivation
football prediction
technology
Berita Technologi
Berita Terkini
Tempat Wisata
News Flash
Football
Gaming
Game News
Gamers
Jasa Artikel
Jasa Backlink
Agen234
Agen234
Agen234
Resep
Cek Ongkir Cargo
Download Film