Semakan Penempatan Tahun 1 Sesi 2026 & Rayuan


MAKLUMAN MURID TAHUN 1 (2026) : SEMAKAN TAHUN 1 , PROSES PENGESAHAN PENEMPATAN ONLINE BAGI SESI 2025 / 2026 & PERMOHONAN RAYUAN – Adalah dimaklumkan bahawa keputusan penempatan Tahun Semakan pengesahan penempatan & permohonan kemasukan Tahun 1 sesi 2026 di sistem idME ( akan dibuka mulai 1 Ogos 2025. Semakan boleh dibuat secara online untuk memudahkan ibu bapa membuat cetakan untuk pendaftaran.

Mohon ibu bapa yang anak mereka yang akan memasuki darjah 1 Tahun 2026, sila ambil maklum tarikh penting untuk semakan dan cetak surat penempatan anak Tuan / Puan.

Surat penempatan ini nanti dibawa bersama sewaktu mendaftar anak pada bulan Januari nanti.

Berikut dikongsikan cara membuat semakan bagi pendaftaran yang telah dibuat bagi sesi 2026.

Semakan Penempatan Tahun 1 Sesi 2026

Dimaklumkan keputusan penempatan Tahun 1 bagi sesi persekolahan 2026 boleh disemak mulai 1 Ogos 2025 (Jumaat) melalui sistem Pengurusan IDentiti (idMe) di pautan berikut –

semakan penempatan tahun 1 2026

MAKLUMAN TAMBAHAN (Sekiranya RAYUAN tidak berjaya)

  • Sekiranya keputusan rayuan TIDAK BERJAYA – ibu bapa penjaga perlu sahkan penempatan yang telah diberi sebelum ini. Mohon hubungi PPD atau JPN untuk maklumat lanjut.
  • Sekiranya rayuan BERJAYA – ibu bapa perlu sahkan penerimaan sekolah berdasarkan kelulusan rayuan tersebut.

Rujuk langkah bergambar di bawah:

CARA SEMAKAN PENEMPATAN TAHUN 1 SESI 2026

LANGKAH 1 – Login ke portal idMe

semakan penempatan tahun 1semakan penempatan tahun 1

LANGKAH 2 – Pergi bahagian Menu (rujuk gambar)

LANGKAH 3 – Klik Aplikasi

LANGKAH 4 – Klik Permohonan Kemasukan

Klik bahagian menu di bawah

Anda akan dibawa ke bahagian Permohonan.

LANGKAH 5 – Klik Pendaftaran Tahun 1 2026

Status permohonan berjaya akan dipaparkan seperti berikut:

semakan penempatan tahun 1 2026semakan penempatan tahun 1 2026

LANGKAH 6 – Cetak surat tawaran dan hantar ke sekolah.

Surat penempatan ini perlu dihantar ke pejabat sekolah.

Ibu bapa perlu membuat pengesahan dan mencetak surat tawaran penempatan Tahun 1 seperti di bawah:

semakan tahun 1 2024 penempatan pendaftaransemakan tahun 1 2024 penempatan pendaftaran

Baca juga: Permohonan Bantuan Kanak-kanak (BKK JKM) RM1000 Sebulan

TINDAKAN IBU BAPA

Berikut adalah tindakan yang perlu dilakukan ibu bapa setelah membuat semakan penempatan anak.

PERAKUAN PENEMPATAN

  1. Ibu/bapa/penjaga perlu membuat pengesahan penempatan dalam sistem online.
  2. Surat Penempatan dan dokumen pengesahan sekolah tidak perlu dihantar SECARA FIZIKAL ke sekolah. Namun Salinan tersebut perlu DICETAK dan DISIMPAN dengan SELAMAT oleh ibu/bapa/penjaga untuk kegunaan semasa PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.
  3. Ibu/bapa/penjaga yang menghadapi masalah dan tidak dapat membuat pengesahan penempatan perlu MENGHUBUNGI SEKOLAH YANG DITEMPATKAN untuk bantuan proses pengesahan tersebut.

Permohonan Rayuan Penempatan Tahun 1

Sekiranya ibu bapa ingin membuat permohonan rayuan bagi penempatan yang diterima, anda boleh membuat rayuan.

Sekiranya ibu bapa/penjaga tidak bersetuju dengan penempatan yang dipaparkan, mereka boleh membuat rayuan.

Bersama-sama ini juga disertakan manual pengguna bagi rujukan tuan/puan.

MANUAL PENGGUNA: PERMOHONAN RAYUAN PENEMPATAN SEKOLAH (Bahagian Pengurusan Maklumat, KPM)

Sila rujuk panduan di bawah:

  1. Permohonan RAYUAN PENEMPATAN hanya dibuat secara ONLINE dalam sistem dan TIADA proses RAYUAN MANUAL.
  2. Sekiranya ingin membuat RAYUAN, perakuan online perlu dibuat kerana Butang RAYUAN hanya akan aktif selepas proses PERAKUAN ibu/bapa/penjaga dilaksanakan.
  3. Keputusan RAYUAN adalah MUKTAMAD dan perlu DISEMAK sendiri ibu/bapa/penjaga dalam sistem yang sama.
  4. Keputusan RAYUAN perlu dicetak dan DISIMPAN oleh ibu/bapa/penjaga dengan SELAMAT untuk kegunaan PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.

TINDAKAN SEKOLAH

  1. MUAT TURUN, CETAK dan SIMPAN SEMUA SURAT PENEMPATAN termasuk KEPUTUSAN RAYUAN dari SISTEM (softcopy & hardcopy).
  2. Semak STATUS PERAKUAN ibu/bapa/penjaga. Hubungi ibu/bapa/penjaga yang tidak membuat PERAKUAN online. Sekiranya ibu/bapa/penjaga menghadapi masalah, mohon pihak sekolah membantu bagi menyelesaikan proses tersebut.
  3. Rekod catatan bagi setiap tindakan yang telah diambil.
    Semoga maklumat yang dikongsikan ini boleh digunakan sebagai panduan pelaksanaan proses kerja tersebut.

Baca juga:  Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2026 KPM Online (public.moe.gov.my)

semakan penempatan tahun 1 2026semakan penempatan tahun 1 2026

LANGKAH RAYUAN TAHUN 1 JIKA TIDAK SETUJU SEKOLAH YANG DITEMPATKAN:

  1. Login 
  2. Klik pengesahan penempatan
  3. Cetak surat tawaran
  4. Mohon RAYUAN (dalam sistem idMe) mulai 1 Ogos hingga 31 Ogos 2025.

Terlupa Kata Laluan

Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa?

  1. Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan No MyKad/ID Pengguna dan Pengesahan Kod-> Klik butang MOHON KATALALUAN.
  2. Mohon semak e-mel (berdasarkan e-mel yang telah dimasukkan semasa pendaftaran)
  3. Sekiranya e-mel yang dimasukkan semasa pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATALALUAN, sila e-mel kepada pihak admin. *(Dengan subjek e-mel: E-mel tidak sah untuk fungsi katalaluan)

Maklumat Lanjut Semakan Tahun 1 Sesi 2025/2026

Segala pertanyaan dan masalah mengenai pilihan sekolah, pendaftaran akaun pengguna (ID Pengguna dan Kata Laluan) boleh menghubungi no telefon dan emel mengikut negeri pendaftaran anak.



News

Berita Olahraga

News

Berita Terkini

Berita Terbaru

Berita Teknologi

Seputar Teknologi

Drama Korea

Resep Masakan

Pendidikan

Berita Terbaru

Berita Terbaru

Berita Terbaru