Semakan Temu Duga Inspektor Polis Y7


e-PENGAMBILAN PDRM : Semakan temu duga bagi jawatan Inspektor Polis Gred Y7 (Lelaki / Wanita) Awam Tahun 2025/2026 boleh dibuat menerusi Portal e-Pengambilan PDRM iaitu mulai 18 Disember 2025.

Untuk makluman, permohonan jawatan ini biasanya boleh dibuat secara online dengan menggunakan laman sesawang terkini yang telah disediakan oleh pihak PDRM iaitu E-Pengambilan PDRM pada tarikh yang ditawarkan jawatan.

Bagi pengguna pertama kali membuat permohonan melalui laman sesawang e-Pengambilan PDRM anda hendaklah mendaftar sebagai pengguna baru dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.

e-Pengambilan PDRM: Jawatan Inspektor Polis 2025

Sebelum ini, pihak PDRM telah mengeluarkan iklan pengambilan bagi jawatan Inspektor Polis Gred Y7 (Lelaki / Wanita) mulai 25 Mei 2025 sehingga 5 Jun 2025.

Inspektor Polis Gred Y7Inspektor Polis Gred Y7

Login / Pendaftaran e-Pengambilan PDRM

ePengambilan PDRM ialah sebuah portal rasmi Polis Diraja Malaysia yang mengendalikan urusan pengambilan dan permohonan jawatan polis yang ditawarkan secara sistematik.

Melalui laman web ini juga, pemohon boleh membuat semakan status panggilan pada tarikh yang dimaklumkan dengan cepat dan mudah.

pengambilan polis 2023 e-pengambilan pdrmpengambilan polis 2023 e-pengambilan pdrm

Proses pengambilan polis PDRM akan dibuka pada SETIAP TAHUN.

Pemohon yang berkelayakan boleh membuat semakan di laman web ePengambilan PDRM.

Rujuk penerangan lanjut dan cara pendaftaran di bawah:

Berikut dikongsikan cara login, semakan status dan membuat pendaftaran online bagi jawatan Polis menerusi laman web  .

  1. Klik pada butang untuk membuat pendaftaran.
  2. Isikan maklumat pengguna dan klik pada butang Serah.
  3. Tunggu dan semak e-mel anda untuk mengaktifkan akaun.
  4. Sekiranya tiada e-mel diterima, buka semula laman e-Pengambilan klik pada pautan [ Tidak Terima E-mel Pengaktifan ID] untuk tujuan pengaktifan akaun.
  5. Sekiranya anda lupa Kata Laluan, klik pada pautan [Lupa Kata Laluan].
  6. Sekiranya tiada e-mel diterima untuk Kata Laluan baru, klik pada pautan [ Tidak Terima E-mel Pemulihan Kata Laluan].
e-pengambilan pdrme-pengambilan pdrm
e-pengambilan pdrm polis 2023e-pengambilan pdrm polis 2023

Cara Permohonan Jawatan Polis Melalui e-Pengambilan PDRM

Setelah mendaftar di dalam portal e-Pengambilan Polis Diraja Malaysia, sila ikuti langkah berikut untuk membuat permohonan:

  1. Masukan ‘ID Pengguna’ dan ‘Kata Laluan’;
  2. Klik butang ‘Log Masuk’;
  3. Klik pada menu Permohonan Polis > Permohanan Baru
  4. Klik butang ‘Maklumat Peribadi’ untuk kemaskini maklumat diri, keluarga, akademik & ko-kurikulum.
  5. Dalam tab Permohonan Jawatan, sila pilih jawatan yang ditawarkan. Klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
  6. Dalam tab Pengakuan, sila pastikan anda memilih setiap pengakuan pemohon.
  7. Dalam tab Pengesahan, sekiranya borang dihantar, pemohon tidak boleh dikemaskini. Oleh itu, anda perlu memastikan semua maklumat adalah lengkap dan tepat.
  8. Klik butang ‘Hantar Borang’.
  9. Pemohon akan menerima notifikasi permohonan telah berjaya dihantar.

Bagi yang pernah membuat permohonan, berikut dikongsikan cara membuat semakan status.

Iklan Jawatan Kosong Polis

Jika terdapat kekosongan jawatan ditawarkan, anda boleh membuat semakan pada tab “Iklan” dalam portal

Rujuk cara melihat senarai jawatan yang dibuka untuk permohonan dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Klik pada tab Iklan untuk melihat senarai jawatan yang dibuka untuk permohonan
  2. Klik pada tab Skim Jawatan untuk menyemak syarat-syarat kelayakan memohon.
  3. Dalam tab Iklan, warna hijau adalah Jawatan yang di buka untuk pendaftaran, warna merah adalah jawatan yang belum dibuka.
  4. Klik pada ikon tersebut untuk keterangan.
e-pengambilan pdrme-pengambilan pdrm

Tarikh Semakan Panggilan Temu Duga

Tarikh untuk semakan panggilan temu duga bagi jawatan Inspektor Polis Gred Y7 boleh dibuat mulai 18 Disember 2025 sehingga 31 Disember 2025.

Cara Semakan Panggilan temu Duga

Semua calon yang telah menduduki Ujian SPiER-PDRM pada September 2025 dikehendaki ‘Log Masuk’ di Sistem e-Pengambilan PDRM untuk membuat semakan.

Cara untuk semakan adalah seperti berikut:

  1. Log Masuk di pautan .
  2. Klik di ‘Semakan Status Permohonan’
  3. Klik ‘Semak’ untuk mengetahui status panggilan Temu Duga Lisan.

Semua calon yang telah tersenarai dan dipanggil hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti di dalam Surat Panggilan Temu Duga Lisan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai cara penggunaan portal e-Pengambilan PDRM, sila rujuk dokumen Manual Pengguna di /Help.aspx

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan panggilan temu duga, sila hubungi talian help desk 03-2266 8347/8348/8350/8351.

Untuk maklumat lanjut dan iklan jawatan terkini, sila rujuk laman web rasmi Polis Diraja Malaysia /.

Baca juga: Ketua Polis Negara 2025 : Datuk Mohd Khalid Ismail


News
Berita Teknologi
Berita Olahraga
Sports news
sports
Motivation
football prediction
technology
Berita Technologi
Berita Terkini
Tempat Wisata
News Flash
Football
Gaming
Game News
Gamers
Jasa Artikel
Jasa Backlink
Agen234
Agen234
Agen234
Resep
Cek Ongkir Cargo
Download Film