Senarai Barang MyKasih / Bantuan SARA RM100


Penerima Sumbangan Asas Rahmah, SARA (sara.gov.my) dinasihatkan untuk menyemak senarai Barangan MyKasih untuk membeli keperluan menggunakan bantuan tersebut.

Ini bagi memastikan kesemua barangan yang dibeli menggunakan bantuan tersebut adalah tergolong dalam barangan yang diluluskan untuk dibeli.

Semakan kelayakan SARA boleh disemak melalui portal rasmi Sumbangan Tunai Rakyat (STR), portal MyKasih, atau melalui talian bantuan yang disediakan.

Pengenalan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

SARA merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih.

Ianya merupakan program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup.

senarai barang mykasih sara
Semak baki dan senarai barang SARA

Program sumbangan ini adalah untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.

Program SARA telah bemula pada 1 April 2025 untuk 5.4 juta penerima di seluruh negara, manakala penerima SARA UNTUK SEMUA akan menerima RM100 bermula 31 Ogos 2025.

Info SARA:

Syarat Kelayakan

Kelayakan SARA 2025 adalah terhad kepada:

SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024 atau pada tarikh data semakan berkala.

SARA Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Semakan rekod eKasih akan dibuat secara berkala terhadap penerima sedia ada STR yang tiada dalam rekod Miskin tegar / Miskin eKasih 31 Oktober 2024 dengan ketetapan seperti berikut:

  • Data eKasih 31 Januari 2025 (layak SARA 2025 mulai Januari 2025) – keputusan kelayakan dan pembayaran adalah pada April 2025.
  • Data eKasih 30 April 2025 (layak SARA 2025 mulai April 2025) – keputusan kelayakan dan pembayaran adalah pada Julai 2025.
  • Data eKasih 31 Julai 2025 (layak SARA 2025 mulai Julai 2025) – keputusan kelayakan dan pembayaran adalah pada Oktober 2025.
  • Data eKasih 30 Oktober 2025 (layak SARA 2025 mulai Oktober 2025) – keputusan kelayakan dan pembayaran adalah pada November 2025.

SARA UNTUK SEMUA

  • Semua warganegara berusia 18 tahun ke atas layak mendapat RM100 seorang yang akan dikreditkan melalui MyKad mulai 31 Ogos 2025
Panduan ringkas bantuan SARA RM100Panduan ringkas bantuan SARA RM100
Panduan ringkas bantuan SARA RM100

SIARAN MEDIA BERKENAAN SEMAKAN KELAYAKAN PENGHARGAAN SARA DIBUKA 21 OGOS 2025

SIARAN MEDIA SARA RM100SIARAN MEDIA SARA RM100
SIARAN MEDIA SARA RM100
SIARAN MEDIA SARA RM100SIARAN MEDIA SARA RM100
SIARAN MEDIA SARA RM100

Tarikh Penebusan Barang MyKasih

Baki SARA boleh dibawa ke bulan-bulan seterusnya sehingga tarikh akhir penggunaan pada 31 Disember 2025.

barangan mykasih sarabarangan mykasih sara
Semak Baki SARA

Amaun Kelayakan

Kelayakan amaun SARA 2025 adalah seperti berikut:

Kategori Penerima STR 2025 Penerima STR 2025 berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih Penerima STR 2025 selain Miskin dan Miskin Tegar eKasih
Isi Rumah (Tiada had umur) RM2,100 RM100/bulan (Januari – Mac) RM200/bulan (April – Disember) RM900 RM100/bulan (April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan RM1,650 RM100/bulan (Januari – Mac) RM150/bulan (April – Disember) RM450 RM50/bulan (April – Disember)
Bujang (21-59 tahun) RM600 RM50/bulan (Januari – Disember)
Nota : Amaun kelayakan SARA 2025 adalah tertakluk kepada masa permohonan STR 2025 diluluskan.
barangan mykasih sara barangbarangan mykasih sara barang
Amaun SARA 2025

14 Kategori / Senarai Barang MyKasih Yang Diluluskan Untuk Bantuan SARA

Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh membeli barangan keperluan asas yang terdiri daripada 14 kategori.

Anda hanya perlu gunakan mykad sahaja untuk membuat pembelian!

Senarai barangan MyKasih atau SARA yang boleh dibeli terdiri daripada 14 kategori produk yang diluluskan beserta contoh jenama yang tersenarai, iaitu:

  1. Beras
    • Jasmine
    • Jati
    • Saga
    • Bernas
    • Faiza
    • Beras Wangi Cap Rambutan
    • Cap Gajah
    • Cap Masjid
  2. Roti
    • Gardenia
    • Massimo
    • Mighty White
  3. Telur
  4. Minyak masak
    • Alif
    • Knife
    • Saji
    • Daisy
    • Seri Murni
    • Buruh
    • Vesawit
  5. Tepung
    • Blue Key
    • Cap Sauh
    • Faiza
    • MFM
    • Cap Ros
  6. Biskut
    • Munchy’s
    • Tiger
    • Chipsmore
    • Hwa Tai
    • Julie’s
    • KERK
    • Kraft Foods
    • Jacob’s
    • Hup Seng
  7. Mi segera
    • Indomie
    • Maggi
    • Mamee
    • Mi Sedaap
    • Cintan
    • Econsave
  8. Minuman
    • Dutch Lady
    • MILO
    • BOH
    • Nescafé
    • F&N
    • Fernleaf
    • Marigold
    • Horlicks
    • Quaker
    • Vico
  9. Makanan dalam tin
    • TC Boy
    • Ayam Brand
    • Adabi
    • Yeo’s
    • Kimball
    • King Cup
  10. Bahan perasa
    • Puteri
    • Kimball
    • Maggi
    • Tamin
    • Adabi
    • Faiza
    • Planta
    • Life
    • Jalen
    • Cukup Rasa (Maggi)
    • Serbuk Kari Babas
    • Serbuk Kari Mak Siti
    • CSR
  11. Produk kebersihan
  12. Ubat-ubatan
    • Prospan
    • Hurix’s
    • Strepsils
    • Sterimar
    • Panadol
    • Difflam
  13. Barangan persekolahan
    • Stabilo
    • Faber-Castell
    • Staedtler
    • Bata
    • Campap
    • Canggih
  14. Barangan Kebersihan Rumah (TERKINI)
    • Sabun / serbuk pencuci pakaian
    • Sabun pinggan mangkuk
    • Pencuci lantai
barangan mykasihbarangan mykasih
Senarai Barang MyKasih
Senarai Barang MyKasih Senarai Barang MyKasih
Senarai Barang MyKasih

Cara Semak Barangan MyKasih

Ramai juga tertanya-tanya, kadang-kadang tu jenama barangan yang dipamerkan dalam poster tu tak ada di kedai. Jadi, bolehkah beli jenama lain?

Adakah ia layak untuk dibayar menggunakan wang bantuan MyKasih nanti?

Ini cara nak check barang yang layak untuk pembelian menggunakan aplikasi MyKasih :

Kaedah Pembelian Barang MyKasih

Kaedah pembelian barang boleh dibuat seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Rujuk video berikut untuk memudahkan anda :

@segifresh

Penerima bantuan MyKasih, ini berita baik untuk anda! 🎉 Kini, anda boleh menggunakan dana MyKasih untuk membeli barang keperluan harian di Segi Fresh, Ehsan Segi Fresh & D’Mart Segi Fresh. Mudah dan cepat! 🛒✨ Cara nak guna MyKasih? Senang je! 1️⃣ Pergi ke Stor Segi Fresh, Ehsan Segi Fresh atau D’Mart Segi Fresh terdekat. 2️⃣ Pilih barang yang anda perlukan. 3️⃣ Tunjukkan MyKad dan bayar guna MyKasih. Jom, manfaatkan kemudahan ini sekarang! 💚 #MyKasih #SegiFresh #PilihFreshPilihSegi

♬ original sound – Segi Fresh – Segi Fresh

Info Lanjut Barang MyKasih & Bantuan SARA

Semak kelayakan di laman web kami: www.mykasih.com.my di bawah bahagian “Semak Kelayakan” dan lihat jumlah bantuan yang diterima setiap bulan.

Jika didapati tiada rekod ditemui, boleh memohon di laman web STR LHDN: /

Maklumat lanjut mengenai program SARA boleh didapati di laman web kami:

Boleh juga menonton video YouTube di saluran Yayasan MyKasih bertajuk “SARA 2025”:

Soalan lazim mengenai bantuan in boleh dirujuk melalui lampiran di bawah:

Info lanjut mengenai Barangan MyKasih, sila layari laman web

Soalan Lazim – Senarai Barang MyKasih

1. Apakah itu program MyKasih?

Program MyKasih adalah inisiatif bantuan kerajaan yang memberi bantuan kewangan tanpa tunai melalui MyKad kepada penerima yang layak. Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai runcit terpilih seperti Mydin, Econsave, Giant, Lotus’s, dan lain-lain.

2. Siapa yang layak menerima bantuan MyKasih?

Layak menerima bantuan ialah warganegara Malaysia yang disenaraikan sebagai miskin tegar/miskin dalam data eKasih atau penerima STR tahun semasa dalam kategori isi rumah, bujang, dan warga emas tanpa pasangan.

3. Bagaimana cara membeli barang dengan MyKasih?

– Pergi ke kedai terpilih seperti Mydin, Econsave, Lotus’s.
– Pilih barangan yang mempunyai label MyKasih di rak harga.
– Semasa bayaran, tunjukkan MyKad di kaunter untuk pengesahan dan pembayaran akan ditolak daripada baki bulanan bantuan.

4. Apakah senarai kategori barang MyKasih yang boleh dibeli?

Beras
Roti
Telur
Minyak masak
Tepung
Biskut
Mi segera
Minuman
Makanan dalam tin
Bahan perasa
Produk kebersihan diri
Barangan kebersihan rumah
Ubat-ubatan
Barangan keperluan sekolah

5. Adakah senarai barang sama di setiap kedai?

Senarai barang asas adalah sama di setiap pasar raya rakan MyKasih, tetapi pilihan jenama dan stok bergantung kepada kedai masing-masing. Barangan MyKasih sentiasa dilabel untuk memudahkan pemilihan.

6. Di mana saya boleh semak baki, senarai barang sebenar dan kedai berdekatan?

Anda boleh muat turun aplikasi MyKasih atau melayari laman web rasmi MyKasih untuk semakan terkini mengenai baki bantuan, senarai barang terperinci, dan lokasi kedai berdaftar.

7. Apa senarai barang mykasih di Mydin?

Senarai barang MyKasih di Mydin (2025) mengikut kategori barangan yang dibenarkan adalah seperti berikut:
Beras – Contoh jenama: Jasmine, Jati, Saga, Faiza, Cap Masjid
Roti – Gardenia, Massimo, Mighty White
Telur – CP, NutriPlus, QL Eggs
Minyak Masak – Saji, Alif, Knife, Daisy, Sri Murni
Tepung – Blue Key, Cap Sauh, MFM, Cap Ros
Biskut – Julie’s, Tiger, Chipsmore, Hup Seng, Jacob’s
Mi Segera – Maggi, Mi Sedaap, Indomie, Mamee
Minuman – MILO, Dutch Lady, Vico, BOH, Nescafe, Quaker
Makanan Dalam Tin – Ayam Brand, TC Boy, Adabi, Yeo’s
Bahan Perasa – Maggi, Kimball, Jalen, Adabi, Babas, Mak Siti, Cukup Rasa
Produk Kebersihan Diri – Colgate, Kotex, Dettol
Ubat-Ubatan Ringan – Panadol, Hurix’s, Strepsils, Prospan
Barangan Persekolahan – Bata, Stabilo, Faber-Castell, Canggih
Produk Kebersihan Rumah – Sabun atau serbuk pencuci pakaian, sabun pinggan mangkuk, pencuci lantai

8. Apa senarai barang mykasih di Lotus?

Berikut adalah jenis barang yang biasanya boleh dibeli dengan mykad di Lotus: 
Barangan Makanan:
– Barangan runcit seperti beras, gula, minyak masak, dan lain-lain.
– Produk tenusu, telur, dan makanan dalam tin.
– Ikan, ayam, dan daging.
– Buah-buahan dan sayur-sayuran.
Keperluan Asas Isi Rumah:
– Barangan kebersihan diri (sabun, syampu, ubat gigi, dll.).
– Barangan pembersih rumah (sabun cuci pinggan, pencuci lantai, dll.).
– Barangan keperluan harian lain yang berkaitan dengan rumah tangga.

9. Apa senarai barang mykasih di Econsave?

Senarai barang MyKasih di Econsave tahun 2025 mengikut kategori utama yang dibenarkan adalah seperti berikut:
Beras (contoh jenama: Jasmine, Jati, Bernas, Faiza, Cap Rambutan)
Roti (Gardenia, Massimo, Mighty White)
Telur (Nutriplus, QL Eggs, CP)
Minyak masak (Sri Murni, Saji, Alif, Daisy, Buruh, Knife, Vesawit)
Tepung (Cap Sauh, Cap Lili, Faiza, Cap Ros, BlueKey)
Biskut (Julies, Tiger, Munchys, Chipsmore, Jacobs, Hwa Tai, Hup Seng)
Mi segera (Indo Mie, Mamee, Maggi, Cintan, Mi Sedap)
Minuman (Tea Boh, Milo, Dutch Lady, F&N, Nescafe, Horlicks, Vico, Marigold, Quacker, Fernleaf)
Makanan dalam tin (Ayam Brand, Yeo’s, Adabi, Kimball, TC Boy, King Cup)
Bahan perasa (Sos Puteri, Kimball, Life, Jalen, Cap Kipas Udang, Tamin, Maggi, Faiza, Planta)
Produk kebersihan (Colgate, Dettol, Kotex)
Ubat-ubatan (Prospan, Hurix’s, Panadol, Sterimar, Difflam)
Barangan persekolahan (Bata, Canggih, Stabilo, Faber-Castell, Staedtler)





News

Berita Olahraga

News

Berita Terkini

Berita Terbaru

Berita Teknologi

Seputar Teknologi

Drama Korea

Resep Masakan

Pendidikan

Berita Terbaru

Berita Terbaru

Berita Terbaru