SKAS 2026 (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak)

Kerajaan mengumumkan kenaikan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS 2026) bantuan kewangan dalam bentuk baucar digital yang boleh digunakan melalui aplikasi S Pay Global (e-dompet) bagi membeli barangan makanan asas.  SKAS Fasa 1 akan mula disalurkan kepada penerima yang layak bermula 10 Mac 2026. Semakan status boleh dibuat melalui Portal rasmi Kerajaan Sarawak iaitu Pengkreditan juga boleh disemak terus melalui aplikasi SPay Global.

Penerima isi rumah berpendapatan RM5,000 dan ke bawah akan menerima RM950, manakala penerima bujang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah akan menerima RM300.

Bagi warga emas tanpa pasangan atau anak dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah, mereka akan menerima RM500.

TERKINI : Bayaran SKAS 2026 Fasa 1

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan mula disalurkan kepada penerima yang layak bermula 10 Mac ini menerusi platform SPay Global.

Memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), perkara itu dimaklumkan pada Mesyuarat Penyelarasan Majlis Pelancaran SKAS Peringkat Bahagian Kapit yang diadakan di Kompleks Kerajaan Negeri Kapit bagi memastikan pelaksanaan program berjalan lancar, teratur dan mencapai sasaran ditetapkan.

Pemangku Residen Bahagian Kapit, Robert Liman Deli berkata penyelarasan rapi amat penting bagi memastikan bantuan dapat dikreditkan kepada penerima tanpa sebarang kekeliruan atau masalah teknikal.

Menurut beliau, kerjasama bersepadu antara semua agensi terlibat perlu diperkukuh khususnya melibatkan aspek teknikal, logistik serta hebahan maklumat kepada kumpulan sasar.

“Penyelarasan awal amat penting bagi mengelakkan sebarang kekeliruan terutama melibatkan urusan teknikal, logistik serta hebahan maklumat kepada penerima,” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat berkenaan hari ini.

UKAS turut melaporkan Majlis Pelancaran SKAS Peringkat Sarawak dijadualkan berlangsung di Kuching pada 7 Mac ini.

Sehubungan itu, para penerima diingatkan supaya memastikan aplikasi SPay Global masing-masing berada dalam keadaan aktif dan boleh diakses bagi mengesahkan kemasukan bantuan yang disalurkan.

Sumber : TVS

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang SKAS dan bagaimana untuk membuat semakan, pendaftaran atau penerimaan bantuan tunai tersebut.

skas 2026skas 2026
Sumber: UKAS (Unit Komunikasi Awam Sarawak)

Apa itu SKAS 2026?

SKAS ialah bantuan kewangan dalam bentuk baucar digital yang boleh digunakan melalui aplikasi S Pay Global (e-dompet) bagi membeli barangan makanan asas.

Menurut Datuk Patinggi Abang Johari, SKAS yang diperuntukkan sebanyak RM640 juta pada tahun hadapan dijangka akan memanfaatkan kira-kira lebih dari satu juta penerima.

Beliau menyampaikan kenyataan ini ketika membentangkan Belanjawan Sarawak 2026 dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) lalu.

Syarat Kelayakan & Kategori Penerima

  • Anak Sarawak pemegang Kad Pengenalan K yang beralamat dan menetap di Sarawak;
  • Maklumat penerima adalah berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini
  • Penerima yang layak terbahagi kepada kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas tiada pasangan dan tiada anak.

Kategori Penerima

A) Kategori Isi Rumah

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa);
  • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah; dan
  • Tiada had umur.

B) Kategori Bujang

  • Bujang; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan;
  •  Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah; dan
  • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
  • Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.

C) Kategori Warga Emas

  • Bujang; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak;
  • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah; dan
  • Had umur 60 tahun dan ke atas.
Isi Rumah Bujang Warga Emas Tanpa Pasangan
Kahwin; atau Bujang; atau Bujang
Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak yang menepati syarat; Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak yang menepati syarat;
Pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 ke bawah; dan Pendapatan kasar bulanan RM2,500 ke bawah; dan Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah; dan
Tiada had umur Had umur adalah 21–59 tahun; dan Had umur 60 tahun dan ke atas
Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 1–59 tahun
*Nota: Mengikut syarat kategoru STR, Kementerian Kewangan Malaysia

Jumlah Bantuan SKAS 2026

Nilai bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) adalah di antara RM250 hingga RM800 bergantung kepada kategori penerima yang telah diluluskan. Jumlah bantuan SKAS yang akan diterima adalah seperti berikut:

  • Penerima kategori isi rumah dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM950 setahun. (Dibayar dalam 3 fasa, bermaksud RM316 setiap fasa)
  • Penerima kategori bujang dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM300 setahun. (Dibayar dalam 3 fasa, bermaksud RM100 setiap fasa)
  • Penerima kategori warga emas tanpa pasangan / anak dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM500 setahun. (Dibayar dalam 3 fasa, bermaksud RM166 setiap fasa)

Berikut ialah kadar bantuan SKAS 2026 yang akan diterima bagi Fasa 1, 2 dan 3:

Kategori Penerima FASA 1 FASA 2 FASA 3 Jumlah Setahun
Isi Rumah (≤ RM5,000) RM316 RM316 RM318 RM950
Warga Emas Tanpa Pasangan/Anak (≤ RM5,000) RM166 RM166 RM168 RM500
Bujang (≤ RM2,500) RM100 RM100 RM100 RM300
SKAS 2026SKAS 2026

Tarikh Bayaran SKAS Fasa 1

TERKINI : SKAS Fasa 1 akan dikreditkan ke akaun Spay Global bermula 10.03.2026. (Selasa)

Bantuan akan disalurkan sebanyak 3 kali setahun iaitu 4 bulan sekali.

Penerima akan dikreditkan bantuan ini melalui S Pay Global. Jika anda tidak mempunyai aplikasi ini, sila muat turun dan daftar akaun mengikut panduan berikut: S Pay Global – Semakan Bayaran SKAS 2026

Tarikh Bayaran SKAS Fasa 2

Fasa 2 SKAS yg dijadualkan Julai 2026 akan diawalkan. Tarikh Fasa 2 SKAS ialah pada 25 Mei 2026 (Isnin) sebelum Hari Raya Haji & Gawai 2026.

Semakan Status & Kelayakan SKAS 2026

Kelayakan SKAS boleh disemak melalui Portal Rasmi Kerajaan Sarawak mulai 7 Mac 2026.

Semakan nama penerima SKAS boleh dilakukan melalui Portal Rasmi Kerajaan Sarawak iaitu :

Pastikan anda mempunyai Sarawak ID dan memasukkan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan.

Cara Semakan Kelayakan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS)

  1. Untuk semakan kelayakan SKAS, sila layari laman web 
  2. Masukkan nombor MyKad anda dan klik Search.
  3. Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).

Contoh paparan LAYAK terima SKAS 2026 termasuk kategori dan jumlah yang akan diterima.

Cara Permohonan

Mengikut sumber setakat ini, tiada permohonan dibuka untuk SKAS 2026. Data akan berpandukan STR 2025 daripada LHDN.

Semakan boleh dibuat melalui laman web . Pastikan anda mempunyai Sarawak ID dan memasukkan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan.

Jika anda masih belum mendaftar Sarawak ID, sila rujuk artikel berikut : Sarawak ID (Sarawak Pass): Cara Daftar & Login

Maklumat Lanjut

Untuk semakan penerima dan maklumat lanjut anda boleh layari pautan rasmi  atau rujuk panduan berikut:

Panduan untuk S PAY GLOBAL

  • Bagaimana mendaftar S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )
  • Lupa kata laluan dan tukar nombor telefon untuk S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )
  • Tukar telefon mudah alih yang digunakan untuk S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )

Panduan untuk SarawakID

Panduan untuk SKAS

  • Panduan membuat pengesah akaun untuk SKAS dalam aplikasi mudah alih S PAY GLOBAL Infografik ].
  • Panduan untuk menyemak status penerimaan bantuan SKAS [Video | Infografik].
  • Panduan untuk mengemaskini maklumat akaun S PAY GLOBAL dengan SKAS Video  |  Infografik ]

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan S PAY GLOBAL, anda boleh merujuk kepada soalan-soalan lazim bagi S PAY GLOBAL atau hubungi kami melalui telefon +6082-224599 atau emel ke [email protected].

Bagi pertanyaan yang lain, anda boleh hubungi pusat Talikhidmat dengan mengisi borang atas talian atau telefon +6082-555999 atau emel to [email protected]

Anda juga boleh dapatkan info terkini di sini:

Soalan Lazim SKAS 2026

1. Apa itu SKAS 2026?

SKAS 2026 ialah bantuan kewangan dalam bentuk baucar digital melalui aplikasi S Pay Global (e-dompet) yang diberikan kepada rakyat Sarawak bagi membeli barangan makanan asas.

Untuk tahun 2026, kerajaan Sarawak mengumumkan kenaikan peruntukan SKAS kepada RM640 juta, yang dijangka memberi manfaat kepada lebih daripada satu juta penerima. Pengumuman ini dibuat oleh Datuk Patinggi Abang Johari ketika pembentangan Belanjawan Sarawak 2026 di Dewan Undangan Negeri (DUN).

2. Siapa yang layak menerima SKAS 2026?

Kelayakan adalah berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang telah dikemaskini. Penerima mestilah:

– Anak Sarawak (pemegang MyKad kod “K”)
– Beralamat dan menetap di Sarawak
– Tersenarai sebagai penerima STR mengikut kategori kelayakan

Penerima yang layak dibahagikan kepada 3 kategori: Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas.

3. Apakah kategori penerima SKAS?

A) Kategori Isi Rumah
Berkahwin; atau
Ibu/bapa tunggal (balu/janda/duda) dengan tanggungan;
Pendapatan bulanan RM5,000 dan ke bawah;
Tiada had umur.

B) Kategori Bujang
Bujang; atau
Ibu/bapa tunggal (balu/janda/duda) tanpa tanggungan;
Pendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah;
Umur 21–59 tahun;
OKU berumur 19 tahun ke atas layak;
Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa.

C) Kategori Warga Emas
Bujang; atau
Ibu/bapa tunggal tanpa anak;
Pendapatan RM5,000 dan ke bawah;
Umur 60 tahun ke atas.

4. Berapakah jumlah bantuan SKAS 2026?

Jumlah bantuan SKAS adalah mengikut kategori seperti berikut:

Isi rumah (pendapatan ≤ RM5,000): RM950 (Dibayar dalam 3 fasa, setiap fasa RM316)
Bujang (pendapatan ≤ RM2,500): RM300 (Dibayar dalam 3 fasa, setiap fasa RM100)
Warga emas tanpa pasangan/anak (pendapatan ≤ RM5,000): RM500 (Dibayar dalam 3 fasa, setiap fasa RM166)skas fasa 1 2026

5. Bila tarikh pembayaran SKAS 2026?

Tarikh rasmi pengkreditan bayaran SKAS Fasa 1 ialah pada 10 Mac 2026. Bayaran dibuat 3 kali setahun (setiap 4 bulan sekali) melalui Spay Global.

7. Adakah saya perlu ada Sarawak ID untuk semakan?

Ya. Anda wajib mempunyai Sarawak ID yang sah untuk membuat semakan.
Jika belum mendaftar, sila rujuk panduan pendaftaran Sarawak ID di laman rasmi Sarawak.

8. Bagaimana bantuan SKAS disalurkan?

Bantuan kredit SKAS akan dimasukkan dalam e-dompet S Pay Global.
Penerima boleh menggunakannya untuk membeli barangan asas di premis yang menerima pembayaran melalui aplikasi tersebut.

9. Bagaimana cara permohonan SKAS 2026?

Setakat ini, tiada permohonan dibuka untuk tahun 2026. Maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa secara atas talian melalui pautan rasmi:

Baca juga:

Berita Terkini

Berita Terbaru

Daftar Terbaru

News

Jasa Impor China

Berita Terbaru

Flash News

RuangJP

Pemilu

Berita Terkini

Prediksi Bola

Technology

Otomotif

Berita Terbaru

Teknologi

Berita terkini

Berita Pemilu

Berita Teknologi

Hiburan

master Slote

Berita Terkini

Pendidikan

Resep

Jasa Backlink

Slot gacor terpercaya

Anime Batch