Insentif Mahasiswa Anak Johor 2026

Permohonan Bantuan Mahasiswa Anak Johor sebanyak RM200 dibuka bermula 6 Mac hingga 14 Mac 2026 kepada mahasiswa yang layak.

Bantuan ini terbuka kepada semua semester pengajian dan tanpa syarat pendapatan keluarga bagi membantu meringankan beban pelajar yang sedang melanjutkan pengajian.

Permohonan boleh dilakukan menerusi portal rasmi Bantuan Pelajaran YPJ di pautan

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan Mahasiswa Anak Johor ini untuk makluman bersama.

Ringkasan Bantuan One-Off Insentif Mahasiswa Anak Johor

Insentif Mahasiswa Anak Johor (IMAJ) merupakan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM200 yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ).

  • Nilai Bantuan: RM200 (Sekali bayar/One-off).
  • Kelayakan: Terbuka kepada mahasiswa Tahun 1 hingga Tahun Akhir (Anak Johor/Mastautin 10 tahun+), tanpa syarat pendapatan keluarga.
  • Tarikh permohonan: 6 Mac – 14 Mac 2026
  • Pautan permohonan:

Apa Itu Insentif Mahasiswa Anak Johor?

Insentif Mahasiswa Anak Johor (IMAJ) adalah Bantuan Tunai secara One-Off sebanyak RM200.00 kepada setiap Mahasiswa Anak Johor seluruh Malaysia.

Ia merupakan sebuah inisiatif Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), selaras dengan objektif YPJ yang bertujuan untuk kekal aktif menaja dan memberi bantuan kewangan serta peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam kalangan anak negeri Johor.

Permohonan Bantuan Insentif Mahasiswa Anak Johor 2026 ini dibuka bermula 6 Mac 2026 sehingga 14 Mac 2026 sahaja.

Bantuan ini terbuka kepada pelajar:

  • Sijil
  • Asasi
  • Matrikulasi
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda

Untuk mengetahui senarai IPTA & IPTS yang boleh memohon, scar QR di dalam poster di bawah.

BACA JUGA: Bantuan Kasih Johor 2026 – Semakan & Permohonan

Syarat Permohonan

Berikut ialah syarat permohonan Bantuan Mahasiswa Anak Johor 2026:

  1. Dilahirkan di Johor dan mempunyai alamat tetap di Johor (MyKad); atau
  2. Dilahirkan di luar Johor tetapi mempunyai alamat tetap di Johor
  3. Terbuka kepada pelajar peringkat Sijil, Asasi, Matrikulasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda
  4. Melibatkan pelajar di :
    a) IPTA
    b) IPTS di bawah Kerajaan Negeri Johor
    c) IPTS berstatus Universiti sahaja (diiktiraf MQA)
    d) Kolej Matrikulasi
  5. Tiada syarat had pendapatan keluarga
  6. Tiada had tahun pengajian

Jumlah Insentif

Berapakah jumlah Bantuan Mahasiswa Anak Johor?

Bantuan ini berjumlah RM200 dan diberikan secara one-off tanpa mengira pendapatan keluarga dan terbuka kepada pelajar di semua semester.

Cara Mohon Bantuan Mahasiswa Anak Johor

Permohonan Bantuan Insentif Mahasiswa Anak Johor 2026 boleh dilakukan di sesawang Bantuan Pelajaran YPJ 

Rujuk cara memohon di bawah:

  1. Scan QR di dalam poster atau terus layari portal rasmi Bantuan Pelajaran YPJ di untuk mengisi borang permohonan.
  2. Lengkapkan maklumat yang diperlukan di borang permohonan.
  3. Muat naik dokumen yang diperlukan seperti:
    • Kad pengenalan pelajar
    • Kad pelajar
    • Tawaran Surat IPT
  4. Baca Terma & Syarat, kemudian tandakan kotak persetujuan dan pengesahan.
  5. Klik “Hantar Permohonan”.

Tempoh Permohonan

Tempoh permohonan adalah pada 6 Mac hingga 14 Mac 2026.

Terma & Syarat

  • Permohonan ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh Yayasan Pelajaran Johor.
  • Pihak Yayasan Pelajaran Johor boleh menolak permohonan anda sekiranya maklumat yang diisi tidak sahih atau lengkap.
  • Sekiranya pelajar didapati mengisi maklumat palsu atau melanggar syarat-syarat permohonan, pihak Yayasan Pelajaran boleh mengenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Keterangan 1965.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Insentif Mahasiswa Anak Johor, sila rujuk:

  1. Portal rasmi Yayasan Pelajaran YPJ
  2. Facebook Yayasan Pelajar Johor

Soalan Lazim Bantuan Mahasiswa Anak Johor

Apakah itu Bantuan One-Off Insentif Mahasiswa Anak Johor atau IMAJ?

Bantuan Anak Mahasiswa Johor ialah bantuan RM200 secara one-off kepada Mahasiswa Anak Johor melalui melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ.

Berapakah jumlah insentif yang akan diberikan?

Jumlah insentif yang akan diberikan adalah sebanyak RM200.

Bilakah tempoh permohonan insentif ini dibuka?

Tempoh permohonan dibuka mulai 6 Mac hingga 14 Mac 2026.

Siapakah yang layak memohon?

– Warganegara Malaysia yang lahir di Johor (Kod kad pengenalan 01).
– Jika lahir di luar Johor, ibu atau bapa mestilah lahir di Johor ATAU telah bermastautin di Johor melebihi 10 tahun (perlu pengesahan Ketua Kampung/Penghulu).
– Sedang belajar sepenuh masa di IPT yang diiktiraf oleh MQA dan kerajaan Malaysia.

Jika saya dilahirkan di Johor tetapi tidak mempunyai alamat tetap di Johor, adakah saya boleh memohon?

Tidak. Pemohon mestilah dilahirkan di Johor dan mempunyai alamat tetap di Johor (MyKad) atau
Dilahirkan di luar Johor tetapi mempunyai alamat tetap di Johor

Pelajar di IPT manakah yang layak untuk memohon?

– IPTA
– IPTS di bawah Kerajaan Negeri Johor
– IPTS berstatus Universiti sahaja (diiktiraf MQA)
– Kolej Matrikulasi

Apakah dokumen yang wajib disediakan?

Pastikan anda mempunyai salinan digital (PDF/JPEG) dokumen berikut untuk dimuat naik:
– Salinan Kad Pengenalan (Pemohon)
– Surat Tawaran Kemasukan ke IPT
– Kad Pelajar

Berita Terkini

Berita Terbaru

Daftar Terbaru

News

Jasa Impor China

Berita Terbaru

Flash News

RuangJP

Pemilu

Berita Terkini

Prediksi Bola

Technology

Otomotif

Berita Terbaru

Teknologi

Berita terkini

Berita Pemilu

Berita Teknologi

Hiburan

master Slote

Berita Terkini

Pendidikan

Resep

Jasa Backlink

Slot gacor terpercaya

Anime Batch