Permohonan MyLesen B2 JPJ – Putrajaya (PERCUMA)


Program Permohonan MyLesen B2 JPJ kini dibuka kepada warga Putrajaya yang layak untuk mendapatkan lesen motosikal B2 secara percuma. Inisiatif Kerajaan ini khas untuk golongan B40, pelajar dan belia berumur 16–35 tahun.

Kuota adalah terhad kepada 5,000 peserta sahaja, dan pemohon digalakkan memohon segera. Semua kos latihan, kelas teori, amali dan ujian ditanggung Kerajaan.

JPJ akan menyusun jadual latihan serta ujian, manakala program turut dilaksana di institusi pendidikan melalui kerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Peluang ini membantu pelajar dan belia mendapatkan lesen B2 secara sah tanpa beban kewangan.

Apa itu Program MyLesen B2 

Program MyLesen B2 Tahun 2025 merupakan sebuah inisiatif kerajaan yang bertujuan membantu penerima atau tanggungan bantuan golongan B40 mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 tanpa sebarang bayaran.

Seluruh kos program ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan.

Progran khas ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur antara 16 hingga 35 tahun semasa permohonan dibuat. Bagi tahun 2025, pelaksanannya turut diperluaskan ke institusi pendidikan, sebagai usaha memudahkan pelajar serta golongan belia daripada keluarga kurang berkemampuan memperoleh lesen motosikal.

Dalam pelaksanaannya, JPJ akan menguruskan jadual latihan, sesi pembelajaran, serta ujian memandu, di samping mengumumkan tarikh ujian praktikal kepada peserta.

Setiap peserta diwajibkan melengkapkan semua modul latihan dan lulus ujian mengikut prosedur ditetapkan sebelum lesen dapat dikeluarkan.

Selain itu, JPJ turut bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri bagi melaksanakan program ini di peringkat sekolah, terutamanya untuk membantu pelajar yang menunggang motosikal memperoleh lesen B2 secara sah dan selamat.

Permohonan MyLesen B2

Syarat Permohonan MyLesen B2

  1. Warganegara Malaysia
  2. Golongan B40 dan tanggungan
  3. Belum memiliki sebarang Lesen Memandu
  4. Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada 1 Januari 2026
  5. Bebas daripada senarai hitam PDRM, JPJ dan mahkamah
  6. Sihat fizikal dan mental
  7. Keutamaan kepada ahli Kadet JPJ, pelajar sekolah dan pelajar institusi pengajian.

Tarikh & Lokasi

Berikut adalah ketetapan masa, lokasi dan tarikh program tersebut:

  • Tempat: Zon G, Dataran Putrajaya
  • Tarikh: 5 hingga 7 Disember 2025
  • Masa: 9.00 pagi hingga 9.00 malam

Kos Bayaran

Tiada bayaran akan dikenakan kerana kos latihan dan ujian adalah dibiayai sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.

Kos-kos lain seperti pemeriksaan kesihatan, pengangkutan, penginapan dan makan minum sepanjang peserta mengikuti kursus, latihan dan ujian memandu perlu ditanggung oleh peserta dan tidak termasuk di dalam pakej yuran pembiayaan oleh pihak Kerajaan.

Tempoh Masa Latihan & Ujian

Peserta perlu menjalani kesemua modul kursus, latihan dan ujian memandu mengikut tempoh masa dan prosedur yang telah ditetapkan oleh JPJ sebelum Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dikeluarkan seperti berikut:

KELAS LESEN: B2

  • Kursus Teori (KPP01) – 6 Jam
  • Ujian Bertulis (KPP01) – 1 Jam
  • Latihan Praktikal Di Litar (KPP02) – 9.5 Jam
  • Latihan Praktikal Di Jalan Raya (KPP03) – 6 Jam
  • Pra Ujian (QTI) – 30 Minit
  • Ujian JPJ

Apabila peserta gagal untuk menamatkan Program dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu 3 bulan, peserta dikeluarkan daripada menyertai Program MyLesen B2 Tahun.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk pada Facebook Malaysia Madani

Soalan Lazim (FAQ)

1. Apa itu Program MyLesen B2?

Program MyLesen B2 ialah inisiatif Kerajaan untuk membantu golongan B40 dan tanggungan mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 secara percuma.

2. Siapa yang layak memohon?

Pemohon mestilah:

– Warganegara Malaysia
– Golongan B40 atau tanggungan
– Belum memiliki sebarang lesen memandu
– Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada 1 Januari 2026
– Bebas daripada senarai hitam PDRM, JPJ dan mahkamah
– Sihat fizikal dan mental

3. Adakah terdapat keutamaan tertentu?

Ya. Keutamaan diberikan kepada:

– Ahli Kadet JPJ
– Pelajar sekolah
– Pelajar institusi pengajian

4. Adakah kuota penyertaan terhad?

Ya. Program ini menawarkan kuota terhad kepada 5,000 peserta sahaja.

5. Di mana lokasi permohonan Program MyLesen B2?

Permohonan boleh dibuat di:
📍 Zon G, Dataran Putrajaya

6. Bila tarikh program berlangsung?

📆 5 hingga 7 Disember 2025

7. Apakah waktu operasi program?

⏰ 9.00 pagi hingga 9.00 malam

8. Adakah program ini benar-benar percuma?

Ya. Kos latihan, kelas teori, amali dan ujian ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan.

9. Perlukah saya membawa dokumen?

Biasanya perlu membawa kad pengenalan dan dokumen berkaitan status B40 (jika diminta). JPJ akan menyemak maklumat semasa pendaftaran.

Baca juga:



News

Berita Olahraga

News

Berita Terkini

Berita Terbaru

Berita Teknologi

Seputar Teknologi

Drama Korea

Resep Masakan

Pendidikan

Berita Terbaru

Berita Terbaru

Berita Terbaru