Final Piala FA 2025 bakal berlangsung pada 14 Disember 2025, ahad, 9 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil. Perlawanan akhir ini menyaksikan JDT vs Sabah FC. Layari www.malaysianfootballleague.com untuk info terkini perlawanan akhir Piala FA 2025-2026.
Piala FA 2025 pastinya antara kejohanan bola sepak yang paling dinanti-nantikan peminat bola sepak Malaysia.
Pada Piala FA 2024, pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) telah memenanginya setelah menewaskan pasukan Selangor dalam perlawanan akhir dengan keputusan 6–1 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Tahun ini, JDT sekali lagi mara ke final untuk berentap dengan Sabah FC.
Kejohanan Piala FA 2025 menjadi tumpuan buat pasukan yang bertanding memandangkan pemenang piala ini secara automatiknya layak untuk bertanding dalam kejohanan AFC peringkat kumpulan musim 2026 – 2027 kelak.
BACA JUGA: 20 Sukan Prestasi Tinggi 2025-2028 – Majlis Sukan Negara (MSN)
Sejarah Piala FA
Piala FA Malaysia mula diperkenalkan pada tahun 1990 sebagai kejohanan kelayakan utama bagi pasukan bola sepak tempatan untuk merebut trofi kebangsaan.
Kejohanan ini diadakan secara tahunan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan merupakan salah satu kejohanan paling popular di Malaysia selepas Piala Malaysia.

Secara sejarah, pasukan seperti Selangor FC dan Kedah Darul Aman FC adalah antara yang paling kerap memenangi Piala FA, masing-masing meraih lima gelaran juara.
Johor Darul Ta’zim (JDT) juga menonjol dalam era terkini dengan empat kemenangan, manakala pasukan lain seperti Sri Pahang FC, Kuala Lumpur City FC, Perak FC, Kelantan FC, Terengganu FC, dan Negeri Sembilan FC pernah menjulang trofi ini antara dua hingga tiga kali. B
eberapa pasukan seperti Sabah FC, Sarawak FC, Penang FC, Johor, dan LionsXII pernah menjadi juara sekali sahaja.
Piala FA bukan sahaja menjadi pentas persaingan sengit antara pasukan tempatan, tetapi juga memberi peluang kepada pemenang untuk mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa seperti kejohanan AFC.
Bagi tahun 2025, ia merupakan edisi yang ke 35 penganjuran kejohanan ini.
Senarai Juara Piala FA (1990-2024)
Berikut ialah senarai juara Piala FA bermula tahun 1990 sehingga 2024. Tahun ini, siapakah yang bakal menjuarai perlawanan ini?
Sama-sama kita nantikan.


Pasukan yang Mara ke Final Piala FA 2025
Pasukan yang mara ke Final Piala FA 2025 adalah Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sabah FC.
JDT sebagai juara bertahan berjaya menewaskan Kuching City FC dalam separuh akhir, manakala Sabah FC mara ke final setelah menewaskan Selangor FC melalui penentuan sepakan penalti.


Berikut pula adalah senarai 16 pasukan dalam Piala FA 2025 yang beraksi pada edisi kali ini:
- Johor Darul Ta’zim (JDT) -FINAL
- Selangor FC
- Sabah FC – FINAL
- Terengganu FC
- Kuala Lumpur City FC
- Kuching City FC
- Penang FC
- PDRM FC
- Melaka FC
- Imigresen FC
- Negeri Sembilan FC
- Kelantan The Real Warriors FC
- DPMM FC
- Bunga Raya FC
- Malaysian University FT
- UM-Damansara FC
Format Pertandingan
Format pertandingan Piala FA 2025 mengikuti sistem kalah mati (knockout) dengan 16 pasukan yang bertanding, terdiri daripada 13 pasukan dari Liga Super dan 3 pasukan dari Liga A1 Semi-Pro.
Perlawanan bermula dari pusingan 16, suku akhir, dan separuh akhir dimainkan dalam format dua perlawanan (timbal balik), iaitu perlawanan di tempat sendiri dan tempat lawan.
Jika kedudukan agregat seri, perlawanan akan dilanjutkan ke masa tambahan dan jika masih seri, pemenang ditentukan melalui sepakan penalti.
Perlawanan akhir dimainkan sebagai satu perlawanan tunggal di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Pasukan diagihkan kepada pasukan “diagihkan” (seeded) dan “tidak diagihkan” (unseeded) untuk undian pusingan 16, dengan pasukan diagihkan menjadi tuan rumah pada pusingan tersebut.
Format ini memastikan persaingan yang adil dan menarik sepanjang kejohanan.
Final Piala FA 2025 (JDT vs Sabah FC)
Saksikan perlawanan akhir Piala FA 2024 dengan ketetapan berikut:
- Tarikh: 14 DISEMBER 2025 (AHAD)
- Masa: 9.00 malam
- Tempat: Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ)


Tiket Perlawanan Akhir Piala FA 2025
Malaysian Football League (MFL) mengumumkan harga rasmi tiket bagi perlawanan akhir Piala FA 2025-2026 yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 14 Disember 2025 (Ahad), jam 9.00 malam adalah dikekalkan seperti musim sebelumnya.
Harga tiket final Piala FA 2025 dijual dengan tawaran serendah RM50 dan RM70 bagi kategori General Admission, manakala kategori Premium berharga RM150 dan VIP Grandstand pada harga RM200.


Sementara itu, tiada tiket khas atau harga istimewa disediakan untuk kanak-kanak di mana hanya mereka yang berumur 4 tahun ke atas sahaja diwajibkan memiliki tiket seperti penonton lain.
Manakala bagi pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) pula tidak memerlukan tiket namun penjaga diwajibkan untuk memiliki tiket yang sah dan perlu berada di zon tempat duduk khas yang telah ditetapkan.


Urusan penjualan tiket akan diserahkan sepenuhnya kepada pihak kelab untuk memastikan penjualan tiket secara terus kepada penyokong-penyokong dengan sistematik dan sama rata.
Segala maklumat mengenai proses penjualan tiket kepada penyokong akan dimaklumkan oleh JDT dan Selangor FC dalam masa terdekat.
[LIVE STREAMING] Final Piala FA 2025
Anda boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan (LIVE) di saluran berikut :
Saksikan juga highlights & berita terkini berkenaan sukan bola sepak tanah air kita melalui :
Soalan Lazim Final Piala FA 2025 – JDT vs Sabah FC
JDT dan Sabah FC layak ke final setelah menewaskan lawan masing-masing di separuh akhir. JDT menewaskan Kuching City FC, manakala Sabah FC menewaskan Selangor FC menerusi penentuan penalti.
Perlawanan akhir Piala FA 2025 diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Pemenang Piala FA 2025 layak secara automatik untuk bertanding dalam kejohanan AFC peringkat kumpulan musim 2025–2026.
Final Piala FA 2025 bakal berlangsung pada 14 Disember 2025, ahad, 9 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Harga tiket final Piala FA 2025 dijual dengan tawaran serendah RM50 dan RM70 bagi kategori General Admission, manakala kategori Premium berharga RM150 dan VIP Grandstand pada harga RM200.
News
Berita Olahraga
News
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Teknologi
Seputar Teknologi
Drama Korea
Resep Masakan
Pendidikan
Berita Terbaru
Berita Terbaru
Berita Terbaru