KEPUTUSAN PERMOHONAN MELANJUTKAN PENGAJIAN KE UNIVERSITI AWAM (UA) PERINGKAT SARJANA MUDA SESI AKADEMIK 2025/2026 BAGI LEPASAN STPM/SETARAF
Semakan boleh dibuat mulai:
- 5 September 2025 (Jumaat) 12.00 tengah hari HINGGA 14 September 2025 (Ahad) 5.00 Petang
Untuk semakan, sila layari laman sesawang atau melalui aplikasi
Mobile UPUPOCKET
Pengesahan setuju terima bermula: 6 hingga 14 September 2025
Hanya pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline![]()
bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA) di / dalam tempoh 10 hari hari bermula:
- 5 September 2025 (Jumaat) 12.00 tengah hari HINGGA 14 September 2025 (Ahad) 5.00 Petang


TAWARAN TEMPAT BAGI SESI AKADEMIK 2025/2026 ADALAH MUKTAMAD
Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan UPUOnline![]()
, boleh berhubung melalui:
Sila rujuk butiran di bawah untuk maklumat selanjutnya.


TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA MENDAPAT TAWARAN.


BACA JUGA: UPUOnline ā Permohonan Sesi 2025 / 2026 Lepasan SPM & STPM
Baca juga: Cara Beli No Pin UPUOnline 2025 : Walk-In & Online
Cara Semakan Keputusan Melalui UPUOnline


- Pemohon boleh membuat semakan melalui pautan semakan rasmi :
- Kemudian, klik pada bahagian āPermohonan Kemasukanā.
- Log masuk seperti biasa.
- Semak keputusan yang tertera.
- Jika berjaya, pastikan anda mengemukakan akuan setuju terima tawaran pada tarikh yang ditetapkan, iaitu mulai 6-14 September 2025 di laman sesawang UA masing-masing.
SEMAKAN JUGA BOLEH DIBUAT MELALUI APLIKASI UPUPOCKET
Pengesahan Setuju Terima Tawaran
Pengesahan setuju terima/tolak tawaranĀ bermula padaĀ 6 September 2025 hingga 14 September 2025Ā di laman web UA masing-masing.Ā Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UAĀ kepada yang berjaya mulaiĀ 6 September 2025Ā setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.


Rayuan Permohonan
Hanya pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline® bagi kemasukan ke UA di  dalam tempoh 10 hari mulai 5 September 2025, jam 12.00 tengah hari hingga 14 September 2025, jam 5.00 petang.
Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2025/2026 adalah MUKTAMADĀ dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan UA tidak dibenarkan. Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.




Semakan UPUOnline Melalui Aplikasi UPU Pocket
Selain membuat semakan UPU online melalui laman web, anda juga boleh menggunakan aplikasi UPU Pocket.
Apa itu UPUPocket?
UPUPocket adalah satu aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan membantu rakyat Malaysia terutama pemohon dan ibu bapa mendapatkan perkhidmatan dan rujukan dalam urusan kemasukan pelajar ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam.




Antara kelebihan yang boleh kita perolehi melalui aplikasi ini adalah:
- memudahkan pengguna untuk menyemak senarai program yang ditawarkan berdasarkan kelayakan keputusan.
- memudahkan pengguna untuk menyemak syarat khas berdasarkan program masing-masing.
- boleh mendapat informasi terkini tentang UPU.
- terdapat tarikh-tarikh penting yang perlu diambil maklum.
Aplikasi UPU Pocket ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store di SINI.
BACA JUGA: UPUPocket: Aplikasi e-Panduan dan Permohonan UPU
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Berkenaan Semakan UPUOnline
Calon akan disusun mengikut kedudukan berdasarkan markah merit yang paling
tinggi hingga yang paling rendah.
Proses pemilihan dilaksanakan secara berkomputer dengan pengesahan pemilihan
oleh semua institusi/ agensi. Pemprosesan pemilihan seperti berikut:
a) Calon ditawarkan berdasarkan merit, memenuhi Syarat Am & Khas program
pengajian, kekosongan tempat, diperaku temu duga dan/atau ujian (jika
berkenaan) dan keutamaan pilihan calon.
b) Calon disusun berdasarkan markah merit paling tinggi hingga paling rendah.
Calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam
tempoh sembilan (9) hari selepas hebahan keputusan perdana.
Calon yang tidak membuat pengesahan terima atau tolak selepas tempoh yang
ditetapkan akan dianggap sebagai menolak tawaran.
Hanya calon yang gagal mendapat tawaran ke UA, Politeknik, KK dan MARA BPT
atau calon yang mendapat tawaran program pengajian Sijil di Kolej Komuniti yang
boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh sepuluh (10) hari selepas keputusan
permohonan kemasukan diumumkan.
Calon yang mendapat tawaran, menolak tawaran atau tidak membuat
pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh sembilan (9) hari selepas
hebahan keputusan perdana, tidak akan dipertimbangkan untuk proses rayuan
Calon dibenarkan mengemukakan empat (4) pilihan program pengajian semasa
permohonan rayuan dengan program pengajian bertemuduga dan/ atau ujian hanya
berada di Pilihan 1 dan 2 sahaja.
Pilihan program pengajian yang dipaparkan adalah pilihan program pengajian yang
layak syarat am dan syarat khas program pengajian sahaja serta masih ada
kekosongan selepas setuju terima tawaran.
Keputusan rayuan UPU untuk lepasan SPM akan diumumkan pada minggu ke-4 Julai 2025.
Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang berkaitan dengan permohonan kemasukan
ke UA, Politeknik, KK dan MARA BPT bagi Program Pengajian Lepasan SPM Sesi
Akademik 2025/2026:
Berdasarkan FAQ Tarikh pengumuman keputusan rayuan UPU untuk lepasan STPM adalah pada minggu pertama Oktober 2025. 
Sebarang pertanyaaan berkenaan UPUOnline® boleh diajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) secara terus melalui:
No tel : 03 ā 8684 2363
EmelĀ :Ā [emailĀ protected]
Sistem Maklum Balas :Ā https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
UPUChatĀ :Ā http://upu-chat.ml/UPUChat/
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Jangan Lupa Ikuti di Media Sosial Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi :~


News
Berita Olahraga
News
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Teknologi
Seputar Teknologi
Drama Korea
Resep Masakan
Pendidikan
Berita Terbaru
Berita Terbaru
Berita Terbaru