Permohonan baharu bagi permohonan Skim Air Darul Ehsan (SADE) telah dibuka mulai 29 Disember 2025 menerusi pautan
SADE adalah program penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Negeri Selangor.
Melalui program ini, penduduk Negeri Selangor warganegara Malaysia dengan pendapatan isi rumah RM6,000 dan ke bawah boleh mendapat bil air percuma setiap bulan!
Berikut dikongsikan penerangan lebih lanjut tentang program ini.

Apakah Skim Air Darul Ehsan (SADE)?
Skim Air Darul Ehsan (SADE) adalah program penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Negeri Selangor warganegara Malaysia dengan pendapatan isi rumah RM6,000 dan ke bawah.
Tujuan Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan dasar ini ialah bagi meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah akibat daripada kadar sara hidup dan inflasi yang tinggi ketika ini.
Program bekalan air percuma ini juga adalah salah satu komponen bagi cadangan penstrukturan semula industri air di Selangor secara holistik dan bersepadu yang diterajui oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) supaya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan, efektif serta dapat mengurangkan kadar tarif air semasa bagi kemudahan rakyat Selangor.


Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor.
- Pendapatan bulanan isi rumah RM6,000 dan ke bawah (suami dan isteri termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang).
- Premis kediaman meter individu.
- Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun/premis sahaja.
- Peringatan:
Bagi penghuni pangsapuri kos rendah yang menerima bekalan air melalui akaun meter pukal akan terus menerima 20𝑚3 air percuma di bawah SADE secara automatik sehingga 31 Disember 2029, mengikut kaedah sedia ada yang melibatkan JMB/MC serta Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
- Peringatan:


Cara Permohonan Skim Air Darul Ehsan (SADE)
Permohonan SADE boleh dibuat secara atas talian melalui laman sesawang Portal Aplikasi KitaSelangor Sepadu (AKSES) di pautan
Sebelum ini, Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) ditutup buat sementara waktu mulai 1 Disember 2025 bagi memberikan ruang kepada kerja-kerja naik taraf sistem.
Ini termasuk permohonan SADE juga ditangguhkan sebelum ia dibuka semula mulai 29 Disember 2025 melalui AKSES.


Maklumat Lanjut & Soalan Lazim SADE
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang skim ini, sila rujuk soalan lazim berikut :
Skim Air Darul Ehsan (SADE) adalah program penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Negeri Selangor.
SADE bagi premis baru/lain?
Borang Permohonan Penamatan/Pembatalan SADE boleh dimuat turun melalui laman sesawang Air Selangor di
Baca nota arahan dan hantar borang permohonan yang
telah lengkap dengan lampiran (jika berkenaan) ke [email protected] atau melalui mana-mana sepuluh (10) Kaunter Perkhidmatan Pejabat Wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd bersama Borang Permohonan SADE bagi permohonan semula akaun/premis SADE yang baru (jika berkenaan) untuk proses seterusnya.
Ya, penyewa layak memohon jika memenuhi terma dan syarat permohonan serta semakan kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
memohon SADE?
Tidak layak kerana tidak memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Pendaftaran SADE akan dibuka sepanjang tahun sehingga tahun 2029.
Pemberian rebat air peruma melalui SADE dilaksanakan sebanyak empat (4) siri dalam tempoh masa 12 bulan
Pemohon boleh membuat pendaftaran SADE sebelum 31 Disember 2029. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang tahun.
Syarat kelayakan adalah seperti berikut:
i. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor.
ii. Pendapatan bulanan isi rumah RM6,000 dan ke bawah (suami dan isteri termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang).
iii. Premis kediaman meterindividu.
iv. Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun/premis sahaja.
Peringatan:
Bagi penghuni pangsapuri kos rendah yang menerima bekalan air melalui akaun meter pukal akan terus menerima 20𝑚3 air percuma di bawah SADE secara automatik sehingga 31 Disember 2029, mengikut kaedah sedia ada yang melibatkan JMB/MC serta Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).


Baca juga: Cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor – 11 Disember 2026
News
Berita Teknologi
Berita Olahraga
Sports news
sports
Motivation
football prediction
technology
Berita Technologi
Berita Terkini
Tempat Wisata
News Flash
Football
Gaming
Game News
Gamers
Jasa Artikel
Jasa Backlink
Agen234
Agen234
Agen234
Resep
Cek Ongkir Cargo
Download Film