Sumbangan Tunai Rahmah 2026 (STR 2026)


Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2026 yang dikendalikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Program ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang benar-benar layak dan memerlukan, dalam menghadapi tekanan kos sara hidup.  Permohonan dan semakan kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah 2026 boleh dibuat secara online melalui laman web rasmi STR di

Melalui penyasaran semula subsidi, Kerajaan dapat menambah baik serta meningkatkan jumlah bantuan tunai kepada rakyat yang memerlukan, sekali gus memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus menerima sokongan yang sewajarnya menerusi STR 2026.

BACA JUGA: Bantuan Awal Persekolahan 2026 (BAP) – KPM

Pengenalan Sumbangan Tunai Rahmah, STR 2026

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2026 yang dikendalikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). 

Program ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang benar-benar layak dan memerlukan dalam menghadapi tekanan kos sara hidup. 

Melalui penyasaran semula subsidi, Kerajaan dapat menambah baik serta meningkatkan jumlah bantuan tunai kepada rakyat yang memerlukan, sekali gus memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus menerima sokongan yang sewajarnya menerusi STR 2026.

Sumbangan Tunai Rahmah 2026

STR 2026 menumpukan kepada isi rumah berpendapatan rendah iaitu kurang daripada RM2,500, isi rumah dengan pendapatan RM2,501 hingga RM5,000, warga emas bujang, dan individu bujang berpendapatan rendah.

Pada tahun 2025, Bayaran STR diagihkan secara berperingkat dalam 4 fasa sepanjang tahun, dengan contoh jadual pembayaran yang diumumkan adalah:

  • Fasa 1: 22 Januari 2025
  • Fasa 2: 24 Mac 2025
  • Fasa 3: 12 Ogos 2025
  • Fasa 4: 18 Oktober 2025

Penerima boleh menyemak status dan maklumat bayaran melalui portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di   dengan menggunakan nombor kad pengenalan mereka.

Fasa Pembayaran STR 2026

Fasa Kaedah Pembayaran dan Tarikh Pembayaran 
Fasa 1 Maklumat fasa bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa
Fasa 2 Maklumat fasa bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa
Fasa 3 Maklumat fasa bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa
Fasa 4 Maklumat fasa bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa

Nota: Kepada pemohon yang belum kemas kini permohonan 3 tahun berturut-turut, perlu kemas kini permohonan STR 2025

Siapa yang Layak Menerima Sumbangan Tunai Rahmah 2026?

Ringkasnya, STR 2026 menyasarkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana dengan had pendapatan isi rumah sehingga RM5,000 dan individu bujang berpendapatan bawah RM2,500, serta warga emas tiada pasangan berpendapatan bawah RM5,000.

Berikut adalah kriteria kelayakan individu warganegara untuk STR 2026: 

Kategori Individu Syarat Kelayakan
Isi Rumah Kahwin; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; danPendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
Warga Emas Tiada Pasangan Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; danPendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah
Bujang Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan Had umur adalah 21-59 tahun; dan Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa dan Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah

Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Kadar Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2026 (STR 2026)

Kadar bayaran STR 2026 bergantung pada kelayakan berdasarkan fasa permohonan yang diluluskan. Rujuk jadual di bawah:

Kadar bayaran STR 2026 bergantung pada kelayakan berdasarkan fasa permohonan yang diluluskan. Rujuk jadual di bawah:

Pendapatan Kadar STR 2026
Isi Rumah Anak ≥ 5 Anak 3 – 4 Anak 1 – 2 Anak 0
≤ RM2,500 RM2,500 RM2,000 RM1,500 RM1,000
RM2,501 – RM5,000 RM1,250 RM1,000 RM750 RM500
Warga Emas Tiada Pasangan
≤ RM5,000 RM600
Bujang
≤ RM2,500 RM600
Sumber: Laman web rasmi Portal Manfaat 2026
Kadar Bayaran STR 2026

Cara Memohon STR 2026

Pemohon boleh mengemukakan permohonan STR pada bila-bila masa sepanjang tahun.

Permohonan baharu STR 2026 boleh dikemukakan melalui:

Kaedah penghantaran borang STR 2026 yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan boleh:

  • Diserahkan ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL; atau
  • Penghantaran secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima ke alamat:
    • Peti Surat STR, GPO Shah Alam, 40800 Shah Alam, SELANGOR ; atau
    • Sekretariat STR, Pejabat STR, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia, Presint 2, 62592 PUTRAJAYA
      • Nota : Penghantaran borang secara faks dan e-mel adalah tidak diterima

Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:

Individu Jenis Dokumen
Pemohon  Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah; atau
Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pemohon berumur 19 – 20 tahun pada tahun 2026
Pasangan  Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
Anak  Anak Kandung:
i. Salinan Sijil Lahir; dan
ii. Salinan MyKad / MyKid
Anak Angkat:
i. Salinan MyKad / MyKid; dan
ii. Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN

Tarikh Permohonan STR Dibuka

Permohonan STR 2026 akan dibuka sepanjang tahun.

Kemas Kini STR 2026

Kemas kini STR 2026 boleh dikemukakan melalui:

Maklumat Perlu Dikemaskini

  • No. Telefon Rumah
  • No. Telefon Bimbit
  • Maklumat Alamat Surat Menyurat 
  • Alamat e-Mel 
  • Maklumat No Telefon Pasangan 
  • Maklumat Akaun Bank Pemohon / Pasangan 
  • Maklumat Waris

Dokumen Sokongan Permohonan STR 2025

Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut: 

Individu Jenis Dokumen
Pemohon  Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah; atauSalinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pemohon berumur 19 – 20 tahun pada tahun 2025
Pasangan  Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
Anak  Anak Kandung:
i. Salinan Sijil Lahir; dan
ii. Salinan MyKad / MyKid ii. Anak Angkat:
i. Salinan MyKad / MyKid; dan
ii. Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN

Proses Semakan Status Permohonan

Cara Semak Status Permohonan STR 2026

  1. Layari Portal Rasmi Semakan Status STR:
  1. Log Masuk ke Akaun MySTR:
    • Klik pilihan “Log Masuk MySTR” pada halaman utama portal tersebut.
    • Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
    • Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
    • Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
  1. Semak Status Permohonan:
    • Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
    • Status yang akan dipaparkan termasuk:
      • LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
      • DALAM SEMAKAN (permohonan sedang diproses)
      • TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
    • Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran dan jumlah yang diterima (jika lulus).
  1. Cetak atau Simpan Bukti:
    • Anda boleh mencetak halaman status atau menyimpan dalam bentuk PDF untuk rekod peribadi, khususnya bagi tujuan rayuan atau rujukan masa depan.

Selain portal utama di bantuantunai.hasil.gov.my , penerima juga boleh membuat semakan menggunakan aplikasi MyKasih yang dihubungkan dengan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk kemudahan melihat baki bantuan dan maklumat pembayaran.

Cara Login Aplikasi MyKasih:

  • Gunakan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  • Aplikasi ini juga membolehkan penerima melihat senarai premis penebusan dan baki bantuan secara cashless melalui MyKad.
Semakan Sumbangan Tunai RahmahSemakan Sumbangan Tunai Rahmah

Kaedah pembayaran STR 2026 

Kaedah pembayaran STR 2025 adalah seperti berikut:   

  • Kredit ke Akaun Bank Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan. 
  • Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)  

Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya: 

  • Tiada maklumat akaun bank
  • Status pengkreditan gagal kredit 

Soalan Lazim Sumbangan Tunai Rahmah 2026

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) di bawah:

1. Apa itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026?

Sumbangan Tunai Rahmah 2026adalah bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada golongan berpendapatan rendah (B40 dan sebahagian M40) bagi meringankan kos sara hidup. Bantuan ini diagihkan mengikut beberapa fasa sepanjang tahun.

2. Bagaimana cara buat Semakan STR 2026?

Semakan STR boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi STR di . Anda hanya perlu log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan untuk melihat status kelayakan serta jumlah bayaran.

3. Apakah Syarat Sumbangan Tunai Rahmah 2025?

Berikut adalah senarai kelayakan individu warganegara untuk STR 2026: 
Kategori Individu
Syarat Kelayakan
Isi Rumah
Kahwin; atau 
Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
Warga Emas Tiada Pasangan
Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan 
Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah
Bujang
Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan 
Had umur adalah 21-59 tahun; dan 
Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan 
Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa dan 
Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah

4. Apa itu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026?

Sumbangan Asas Rahmah 2026 adalah bantuan tambahan berbentuk kredit bulanan cashless yang disalurkan ke dalam MyKad untuk penerima STR terpilih. Ia bertujuan membantu pembelian barangan keperluan harian.

5. Bagaimana cara buat permohonan Sumbangan Asas Rahmah?

TIDAK PERLU PERMOHONAN. Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diberikan secara automatik kepada penerima STR yang layak.

6. Bila tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2026?

Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2026 belum diumumkan lagi.



News

Berita Olahraga

News

Berita Terkini

Berita Terbaru

Berita Teknologi

Seputar Teknologi

Drama Korea

Resep Masakan

Pendidikan

Berita Terbaru

Berita Terbaru

Berita Terbaru