Tukar Mykad Percuma JPN (23 September


Perkhidmatan tukar MyKad percuma boleh dibuat di semua pejabat dan kaunter JPN seluruh negara bermula 23 September hingga 7 Oktober 2025 ini.

Inisiatif ini dilaksanakan bagi memastikan akses kepada subsidi serta kemudahan kerajaan tidak terganggu. Semak artikel ini untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai cara tukar MyKad percuma.

PEJABAT MENTERI DALAM NEGERI
KENYATAAN MEDIA

PENUKARAN CIP MYKAD YANG ROSAK SECARA PERCUMA BERMULA 23 SEPTEMBER 2025 HINGGA 7 OKTOBER 2025

22 September 2025, Putrajaya – Seiring dengan pengumuman YAB Perdana Menteri hari ini mengenai pelaksanaan inisiatif BUDI95 buat rakyat Malaysia, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memberi kemudahan penukaran cip MyKad rosak secara percuma bermula 23 September 2025 hingga 7 Oktober 2025. Penukaran cip MyKad yang rosak secara percuma ini boleh dibuat di mana-mana kaunter dan pejabat JPN seluruh negara.

Mengikut rekod JPN, bagi tempoh Januari hingga Ogos 2025, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menerima sebanyak 294,715 permohonan penggantian MyKad di bawah kategori cip atau kad rosak. Trend permohonan ini juga menunjukkan peningkatan ketara sejak tiga bulan kebelakangan – sebanyak 32,819 permohonan pada Jun, meningkat kepada 40,371 pada Julai, dan melonjak lagi kepada 45,411 pada Ogos. Manakala bagi bulan September, sehingga 21 haribulan sahaja, JPN telah menerima sebanyak 22,858 permohonan.

Berdasarkan purata penggantian dua bulan terkini, purata permohonan bagi kategori cip rosak direkodkan pada sekitar 43,000 unit cip sebulan. Oleh yang demikian, penukaran cip MyKad rosak secara percuma bermula 23 September 2025 sehingga 7 Oktober 2025 ini dianggarkan akan melibatkan perbelanjaan kepada Kerajaan Madani sebanyak RM714,660.00 termasuk kos lain yang berkaitan.

Ingin saya tegaskan bahawa Kerajaan MADANI prihatin untuk menanggung sepenuhnya kos tersebut dalam tempoh ini bagi memastikan akses rakyat kepada subsidi ini tidak akan sekali-kali terjejas hanya kerana masalah teknikal pada MyKad dan setiap warganegara yang layak dapat menikmati manfaat subsidi BUDI95 dengan lancar.


Saya menyeru rakyat Malaysia untuk sentiasa memastikan MyKad berada dalam keadaan baik, kerana ia bukan sahaja dokumen pengenalan diri, tetapi juga kunci kepada pelbagai kemudahan kerajaan termasuk subsidi bersasar BUDI95.

Kerajaan MADANI berpegang teguh kepada prinsip kepedulian dan inklusiviti, memastikan setiap rakyat Malaysia menerima manfaat yang dijanjikan tanpa ada yang tercicir.

DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL
Menteri Dalam Negeri
22 September 2025

– TAMAT –

Pertanyaan Media:
Norhayati Abd Manap, Setiausaha Akhbar
Tel: +6012 – 393 5075 / Email: [email protected]
No Rujukan: MDN.100-4/1/32 (12)

tukar mykad percuma

Tempoh Tukar MyKad Percuma

Kemudahan ini diberikan secara percuma bermula 23 September 2025 hingga 7 Oktober 2025. Sepanjang tempoh ini, orang ramai boleh membuat penukaran MyKad di semua kaunter dan pejabat JPN di seluruh negara.

tukar mykad percumatukar mykad percuma

Sebab Inisiatif Dilaksanakan

Mengikut rekod JPN:

  • 294,715 permohonan penggantian MyKad rosak telah diterima dari Januari hingga Ogos 2025.
  • Permohonan semakin meningkat sejak tiga bulan kebelakangan:
    • Jun 2025: 32,819 permohonan
    • Julai 2025: 40,371 permohonan
    • Ogos 2025: 45,411 permohonan
    • Setakat 21 September 2025 sahaja: 22,858 permohonan

Kadar permohonan yang tinggi ini menunjukkan keperluan mendesak untuk membantu rakyat menukar cip MyKad yang rosak tanpa beban kos.

Kos Tanggungan Kerajaan

Berdasarkan purata dua bulan terkini, sekitar 43,000 unit cip rosak diganti setiap bulan.

Dengan itu, inisiatif tukar MyKad percuma sepanjang 23 September hingga 7 Oktober 2025 dijangka menelan belanja kerajaan sebanyak RM714,660, termasuk kos lain yang berkaitan.

Kos ini akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Madani.

Cawangan Kaunter JPN

Anda boleh rujuk cawangan kaunter JPN di seluruh negara menerusi pautan ini:

Waktu Operasi Kaunter JPN

Kepentingan Tukar MyKad Rosak

MyKad bukan sahaja dokumen pengenalan diri, tetapi juga kunci utama untuk rakyat mengakses pelbagai kemudahan kerajaan, termasuk subsidi bersasar BUDI95.

Dengan memastikan cip MyKad berfungsi baik, rakyat tidak akan terhalang daripada menikmati hak dan manfaat yang dijanjikan.

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Tukar MyKad Percuma

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan perkhidmatan tukar MyKad percuma, anda boleh rujuk pada pautan ini:

1. Apa itu program tukar MyKad percuma?

Program ini adalah inisiatif Kerajaan Madani melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk memberi kemudahan penukaran cip MyKad rosak tanpa sebarang bayaran.

2. Bila tempoh tukar MyKad percuma berlangsung?

Program ini berjalan dari 23 September 2025 hingga 7 Oktober 2025 sahaja.

3. Di mana boleh tukar MyKad percuma?

Anda boleh menukar cip MyKad rosak secara percuma di semua kaunter dan pejabat JPN di seluruh negara.

5. Kenapa program ini dilaksanakan?

Kerajaan mahu memastikan rakyat tidak terjejas daripada menerima kemudahan kerajaan, khususnya subsidi bersasar BUDI95, hanya kerana masalah teknikal pada MyKad.

6. Apa yang perlu dibawa semasa tukar MyKad percuma?

Pemohon perlu membawa MyKad asal yang rosak serta dokumen pengenalan diri lain (jika diminta) semasa hadir ke kaunter JPN.

Baca juga:



News

Berita Olahraga

News

Berita Terkini

Berita Terbaru

Berita Teknologi

Seputar Teknologi

Drama Korea

Resep Masakan

Pendidikan

Berita Terbaru

Berita Terbaru

Berita Terbaru