Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) membuka peluang kepada calon untuk menghadiri WIN UFPK (Walk-In Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan) bagi lantikan jawatan di bawah Klasifikasi Keselamatan dan Pertahanan Awam (K).
Program ini memberi laluan lebih cepat kepada calon yang layak untuk mara ke peringkat seterusnya dalam proses pengambilan. Buat pra pendaftrana di sini: PRA PENDAFTARAN WIN UFPK
Apa itu WIN UFPK
Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK) adalah penilaian yang dijalankan untuk mengukur keadaan fizikal, pancaindera serta tahap kecergasan calon yang memohon jawatan di bawah SPA.
Namun, tidak semua jawatan memerlukan calon menjalani ujian ini. Kebiasaannya, hanya jawatan beruniform atau yang melibatkan unit penguatkuasaan tertentu sahaja yang perlu melalui UFPK.



Tarikh Pelaksanaan WIN UFPK
Tarikh pelaksanaan WIN UFPK akan diadakan pada ketetapan berikut:
- Tarikh : 22 dan 23 November 2025 (Sabtu dan Ahad)
- Masa : 7.30 pagi – 5.00 petang
Pendaftaran Walk-In serta semakan dokumen dibuka dari jam 7.30 pagi hingga 9.30 pagi.
Bagi calon yang ingin membuat pra-pendaftaran secara dalam talian, ia boleh dilakukan pada 19 dan 20 November 2025 (Rabu dan Khamis).
Lokasi Mengikut Zon
- Zon Tengah – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Bangi, Selangor
- Zon Utara – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM), Batu Gajah, Tronoh, Perak
- Zon Timur – Dewan Makmur Ar-Rahman, Perumahan Kastam Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang
- Zon Selatan – Intan Wilayah Selatan (IKWAS), Kluang, Johor
- Zon Sarawak – Intan Wilayah Sarawak (INSARA), Kota Samarahan, Sarawak
Kriteria Calon yang Layak Hadir
Calon yang dijemput hadir mesti:
- Memakai pakaian sesuai seperti pakaian sukan lengkap dan kasut sukan (perlu dalam keadaan bersedia melakukan aktiviti berlari).
- Mengisi SPA9 dan memohon jawatan di bawah Skim Keselamatan dan Pertahanan Awam (K).
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya:
- 2 mata pelajaran kredit (termasuk Bahasa Melayu), dan
- 4 mata pelajaran lulus.
- Membawa kad pengenalan serta dokumen asal dan salinan SPM atau dokumen akademik tertinggi (jika ada).
Syarat Fizikal & Ujian Pemeriksaan
- Tinggi Minimum
- Lelaki: 157 cm
- Wanita: 153 cm
- Berat Minimum
- Lelaki: 48 kg
- Wanita: 46 kg
- Indeks Jisim Badan (BMI) – Lelaki & Wanita: 19–26
- Ukur Dada (Lelaki Sahaja) – Pemeriksaan mengikut standard keselamatan perkhidmatan.
- Ujian Penglihatan
- Ujian Pengecaman Warna
- Pemeriksaan Tubuh
- Ujian Gaya Berjalan
- Ujian Kecergasan
3 Jenis Ujian Kecergasan Utama
- Ujian Bangun Tubi 1 Minit
- Lari Pecut 20 Meter
- Lari Ulang Alik 20 Meter Berperingkat (Bleep Test)
Peringatan:
Calon-calon yang mempunyai masalah kesihatan seperti
- sakit jantung, asma, darah tinggi;
- kecederaan lutut kronik (ACL, LCL, MCL, PCL);
- mempunyai besi dalam anggota badan;
- masalah tulang belakang seperti slipped disc;
- sebarang masalah kesihatan yang serius; atau
- mengandung atau baru bersalin [kurang dari enam (6) bulan (biasa) atau kurang dari 12 bulan (caesarean)] TIDAK DIGALAKKAN untuk menyertai WIN UFPK kerana ujian ini melibatkan Ujian Kecergasan.


Kelebihan WIN UFPK
Calon yang berjaya lulus WIN UFPK akan menikmati beberapa kelebihan penting:
- Terus Menduduki PSEE (Ujian Psikometrik) – Calon akan diprofilkan tanpa perlu melalui proses saringan awal tambahan.
- Dipanggil Terus Ke Peringkat Temu Duga – Layak untuk jawatan-jawatan di bawah Skim Keselamatan dan Pertahanan Awam (K), kecuali Skim BOMBA (tertakluk kepada syarat tambahan).
- Keputusan Sah Selama 6 Bulan – Jika calon lulus WIN UFPK, mereka tidak perlu mengulangi UFPK sepanjang tempoh 6 bulan berkenaan.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan WIN UFPK, anda boleh rujuk pada pautan berikut:
Soalan Lazim
Calon akan dimaklumkan melalui alamat e-mel yang telah calon daftarkan di sistem SPA9, paparan di Portal Rasmi SPA dan paparan di Facebook Rasmi SPA sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK).
Tidak digalakkan hadir kerana syarat lantikan tambahan telah menetapkan julat BMI hanya 19.00 hingga 26.00.
Tidak digalakkan hadir kerana syarat lantikan tambahan telah menetapkan kedua-dua belah mata (kiri dan kanan) hendaklah berada dalam keadaan yang baik dan boleh menyebut dengan terang dan jelas huruf atau nombor yang ditunjukkan diaras 1 hingga 6 pada Papan/Carta Snellen (Carta Mata). Jarak calon dengan Carta Snellen adalah 6 meter.
Berpakaian sukan yang sopan, tidak menjolok mata dan tidak ketat. Baju seperti jersey dibenarkan. Tidak diwajibkan memakai t-shirt berkolar dan berwarna putih. Bagi lelaki, pemakaian seluar pendek paras lutut dibenarkan. Bagi wanita, pemakaian baby t-shirt, legging dan yoga pants adalah dilarang sama sekali.
Terdapat dua (2) situasi iaitu:
i. Bagi calon yang berjaya melepasi sehingga larian 2.4 km kebiasaannya UFPK akan tamat pada jam 5.00 petang bergantung kepada jumlah kehadiran calon di pusat ujian; dan
ii. Bagi calon yang gagal melepasi ujian seperti BMI, Ujian Penglihatan, Ujian Pengecaman Warna, Pemeriksaan Tubuh dan Gaya Berjalan serta empat (4) Ujian Kecergasan iaitu Lompat Jauh Berdiri, Lari Ulang Alik 4X10 meter, Bangun Tubi dan Larian 2.4 km, akan diminta untuk meninggalkan pusat lebih awal.
Kelulusan pertukaran pusat dan tarikh UFPK bergantung kepada jenis permohonan dan alasan yang kukuh seperti pertindihan tarikh temu duga, kematian, keagamaan, perkahwinan, kemalangan dan sebagainya. Calon perlu mengemukakan bukti bagi alasan yang dinyatakan.
Pusat dan tarikh hanya boleh ditukar sepanjang tempoh Ujian berlangsung sahaja. Tiada Ujian ulangan selepas tarikh UFPK tamat.
Permohonan boleh dibuat di alamat e-mel : [email protected]
Boleh membawa apa jua jenis sarung tangan getah. Disarankan menggunakan sarung tangan getah yang diguna pakai oleh kakitangan perubatan.
Kit Ujian Kendiri yang menggunakan sampel air liur dan hidung boleh digunakan. Kit Ujian Kendiri jenis Lolipop tidak dibenarkan.
Ya. Perlu dijalankan di pusat ujian sebelum sesi pendaftaran.
Calon yang mengandung tidak digalakkan hadir kerana akan melibatkan ujian kecergasan.
Tiada penjadualan semula bagi calon yang tidak hadir Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK).
Rayuan hanya boleh dilakukan semasa ujian sedang berjalan dan perlu mendapat kebenaran daripada Ketua Penguji. Tiada rayuan selepas Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK) tamat.
Tidak. Calon yang tidak menghadiri Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK) tidak akan disenarai hitamkan dari urusan SPA yang lain.
News
Berita Olahraga
News
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Teknologi
Seputar Teknologi
Drama Korea
Resep Masakan
Pendidikan
Berita Terbaru
Berita Terbaru
Berita Terbaru