Permohonan Bantuan Kanak-kanak (BKK) JKM 2025


Bantuan Kanak-kanak Jabatan Kebajikan Malaysia atau juga dikenali sebagai BKK JKM adalah salah satu bantuan yang ditawarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Rujuk senarai bantuan JKM yang lain di sini: ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp

Keseluruhannya, terdapat 11 jenis bantuan bagi meringankan beban rakyat, terutamanya kumpulan sasar KPWKM.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Bantuan Kanak-kanak JKM (BKK JKM).

Apa Itu Bantuan Kanak-kanak JKM?

Bantuan Kanak-Kanak (BKK) JKM 2025 adalah bantuan tunai bulanan untuk keluarga dan penjaga berpendapatan rendah bagi menanggung keperluan anak-anak mereka.

Kadar bantuan ialah RM250/seorang untuk anak bawah 6 tahun, RM200/seorang untuk anak 7-18 tahun, dengan maksimum RM1,000 sekeluarga sebulan.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal Manfaat atau di pejabat JKM.

Objektif & Tujuan BKK JKM

JKM menyediakan Bantuan Kanak-Kanak (BKK) yang bertujuan untuk:

1. Membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/ kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

2. Membantu ibu/ bapa/ penjaga memelihara anak/ kanak-kanak yang memerlukan dan memperkukuhkan institusi keluarga termasuk yang berada di dalam tahanan/buang daerah dalam memberi jagaan yang sempurna kepada anak/ kanak-kanak

Bantuan Kanak-kanak JKM 2025
Bantuan Kanak-kanak JKM 2025

Kadar Bantuan

Kadar bagi BKK ialah minimum sebanyak RM200 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan sekeluarga mengikut pecahan berikut:

Kadar Bayaran Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
(RM)
Umur
250 6 tahun ke bawah
200 7 tahun hingga 18 tahun
*Kadar bantuan maksimum RM1000/sebulan sekeluarga

Jika dilihat daripada jadual di atas, kadar bantuan bagi tahun 2025 telah dinaikkan sebanyak RM50 daripada tahun 2024.

@tvsarawak

Belanjawan 2025: Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin dinaikkan daripada RM200 kepada RM250 seorang bagi anak berusia enam tahun dan ke bawah dan RM150 kepada RM200 seorang bagi anak usia 7 hingga 18 tahun. 📱 Strim live di tvsarawak.my atau di aplikasi MYTV Mana-Mana, Unifi TV dan Astro GO sekarang! TVS122 TVSNews TVSarawak Belanjawan2025 TrendingNewsMalaysia BeritadiTikTok

♬ original sound – tvsarawak – tvsarawak

Syarat Kelayakan Bantuan Kanak-kanak JKM

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada anak/ kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun.
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; atau
  4. Keluarga/ penjaga dan anak/ kanak-kanak yang tinggal menumpang bersama ibu/ bapa mereka/ penjaga/ saudara-mara/ lain-lain layak dipertimbangkan sekiranya pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa;
  5. Anak/ kanak-kanak tiada penjaga yang layak, kerana ibu/ bapa bukan warganegara/ diisytiharkan bankrap atau muflis/ ibu/ bapa OKU Mental, bantuan boleh diluluskan atas nama kanak-kanak berkenaan;
  6. Anak/ kanak-kanak yang menerima Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMBPK)/ Elaun Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan apa-apa bantuan bulanan daripada JKM tidak layak menerima BKK; 
  7. Anak/ kanak-kanak yang berumur 16 tahun ke atas yang telah bekerja sepenuh masa dan tidak bersekolah tidak layak menerima BKK; ATAU
  8. Kes-kes yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri/ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/ Labuan (PKMN/WPKL/WPL).

NOTA:

  • Perubahan kadar BKK akan berlaku semasa proses kaji semula.
  • Pengiraan umur kanak-kanak adalah berasaskan tahun kelahiran. 

Cara Memohon BKK JKM

1. Permohonan di Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Jajahan/Bahagian

  1. Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara
    • Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan
    • Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak
  2. Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Jajahan/Bahagian seperti:
    • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
    • Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
    • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
    • Salinan penyata gaji (jika ada); dan
    • Lain-lain dokumen yang berkaitan
  3. Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:
Borang JKM18 (permohonan baru)

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN JKM 18: Borang Permohonan Bantuan

2. Permohonan Online Bantuan Kanak-kanak JKM

Untuk permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM 2025 secara dalam talian (online), anda boleh layari pautan berikut:

BKK JKM 2025BKK JKM 2025
Anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan dan sekiranya memenuhi saringan awal, anda boleh teruskan muat turun borang JKM18 atau Daftar Permohonan untuk memohon secara dalam talian.

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut merupakan dokumen yang perlu disediakan jika anda ingin memohon bantuan BKK JKM ini:

  1. Salinan MyKad pemohon;
  2. Salinan MyKad/ MyKid ahli keluarga yang tinggal bersama;
  3. Surat/ Penyata pendapatan daripada majikan; atau
  4. Akuan pendapatan daripada Penghulu/ Penggawa/ Pemimpin masyarakat atau mana-mana individu yang diangkat atau dipilih untuk memimpin dan mewakili masyarakat di peringkat setempat oleh Kerajaan sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan (Lampiran 4: Borang Pengesahan Pendapatan/ Pekerjaan) jika bekerja sendiri; atau
  5. Pesuruhjaya Sumpah (jika bekerja sendiri);
  6. Salah satu salinan bil utiliti seperti bil air/ elektrik/ telefon dan lain-lain (bagi tujuan pengesahan alamat);
  7. Salinan penyata akaun bank terkini/ slip pengesahan akaun bank terkini;
  8. Bagi Kanak-Kanak berumur 12 tahun ke bawah:
    • Bagi kes warganegara, akaun bersama ibu/ bapa/ penjaga;
    • Bagi kes ibu/ bapa/ penjaga bukan warganegara, akaun bersama dengan salah seorang ibu/ bapa/ penjaga warganegara.
    • Bagi ibu/ bapa/ penjaga muflis/ OKU Mental, akaun bersama dengan salah seorang ibu/ bapa/ penjaga yang tidak muflis/ OKU Mental; dan
  9. Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu).

8 Kumpulan Sasar JKM

Selain Bantuan Kanak-kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberi perhatian khusus kepada 8 kumpulan sasar berikut dalam memastikan kebajikan mereka terus terpelihara:

  • Kanak-kanak
  • Warga Emas
  • Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Mangsa Keganasan Rumah Tangga
  • Mangsa Bencana
  • Orang Papa
  • Mangsa Pemerdagangan Orang
  • Pesalah Muda

Permohanan bantuan boleh dilakukan di Jabatan Kebajikan Masyarakat berdekatan, atau layari  Laman Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

8 Kumpulan Sasar JKM8 Kumpulan Sasar JKM
8 Kumpulan Sasar JKM

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia atau

Ada juga bolehmenghubungi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM):

Soalan Lazim – Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

1. Apakah Bantuan Kanak-Kanak (BKK)?

BKK ialah bantuan tunai bulanan yang disediakan oleh JKM untuk membantu keluarga atau penjaga menjaga anak-anak di bawah umur 18 tahun, termasuk kanak-kanak yang kehilangan penjaga. Tujuannya adalah untuk memastikan mereka dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup

2. Bilakah permohonan BKK 2025 dibuka?

Permohonan BKK dibuka sepanjang tahun dan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal eBantuan JKM atau di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan.

3. Adakah Bantuan Kanak-Kanak (BKK) berbeza dengan bantuan-bantuan lain yang diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)?

Ya, BKK adalah salah satu daripada 11 jenis bantuan yang diuruskan oleh JKM, termasuk Bantuan Warga Emas, Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja, dan Bantuan Am Persekutuan.

4. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut atau memohon Bantuan Kanak-Kanak (BKK)?

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dan memohon bantuan ini dengan melayari laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan.

5. Adakah semua permohonan akan diluluskan secara automatik?

Tidak. Semua permohonan akan disiasat dan dinilai berdasarkan kelayakan (means-tested). Hanya permohonan yang memenuhi syarat akan diluluskan..

6. Berapakah jumlah bantuan kanak-kanak yang diberikan?

Maksimum RM1,000 sebulan bagi setiap keluarga bergantung kepada bilangan anak yang layak
RM250 sebulan bagi kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah
RM200 sebulan bagi kanak-kanak berumur 7 hingga 18 tahun

7. Berapa tempoh kelulusan permohonan Bantuan Kanak-kanak 2025?

Tempoh kelulusan permohonan Bantuan Kanak-Kanak (BKK) JKM 2025 biasanya mengambil masa sekitar 30 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima. Proses ini termasuk siasatan dan penilaian untuk mengesahkan kelayakan pemohon berdasarkan dokumen dan maklumat yang diberikan.
Pemohon juga diminta menghadirkan diri ke pejabat JKM untuk pengesahan dokumen asli dalam tempoh 14 hari selepas permohonan dibuat secara online untuk memastikan proses kelulusan berjalan lancar.

8. Bagaimana jika permohonan ditolak?

Pemohon boleh mengemukakan rayuan dengan dokumen bukti tambahan di pejabat JKM daerah.





News

Berita Olahraga

News

Berita Terkini

Berita Terbaru

Berita Teknologi

Seputar Teknologi

Drama Korea

Resep Masakan

Pendidikan

Berita Terbaru

Berita Terbaru

Berita Terbaru