Semakan Keputusan STPM 2025 – Majlis Peperiksaan Malaysia


Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia STPM 2025 untuk semester 2 akan diumumkan pada Khamis, 2 Oktober 2025. Semakan secara online boleh dibuat melalui pautan rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia

Perkara itu dimaklumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melalui sebuah siaran media dan infografik rasmi di media sosial rasmi badan tersebut.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara membuat semakan bagi pelajar-pelajar yang terlibat.

Tarikh Semakan Keputusan Peperiksaan STPM 2025

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2025 bagi semester 2 akan dikeluarkan pada Khamis, 2 Oktober 2025.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, swasta dan persendirian individu boleh mendapatkan keputusan secara dalam talian mulai pukul 10.00 pagi pada hari tersebut.

Keputusan juga boleh diperoleh secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan STPM 2025.

Terdapat 2 cara semakan bagi calon-calon mendapatkan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.

Sila rujuk langkah-langkah semakan di bawah:

Cara Semakan Keputusan STPM Online & SMS

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan 2 kaedah semakan keputusan iaitu:

KAEDAH SEMAKAN

i) Semakan melalui Pautan MPM 

Sila layari pautan melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysia.

Atau semak melalui portal MPM di [Laman Utama Portal MPM > Calon Peperiksaan > STPM > Semakan Keputusan STPM]

Sila isikan nombor kad pengenalan dan angka giliran pada ruang kosong yang disediakan.

Tekan butang HANTAR untuk mendapatkan keputusan anda.

Untuk memohon rayuan semakan semula keputusan, sila klik pada bahagian yang berkenaan.

ii) Semakan Melalui SMS

STPM<jarak>No. KP<jarak>Angka Giliran dan hantar kepada 15888.

Sistem ini akan diaktifkan mulai 2 Oktober 2025 Khamis), mulai jam 10 pagi.

Sebarang pertanyaan, sila e-mel ke [email protected]

Rayuan Semak Semula Keputusan STPM 2025

MAKLUMAN KEPUTUSAN RAYUAN SEMAKAN SEMULA SEMESTER 3 STPM 2024 DAN KEMAS KINI KEPUTUSAN KESELURUHAN STPM 2025 BAGI CALON YANG TERLIBAT

Sebarang pertanyaan, sila e-mel ke [email protected]

Bayaran permohonan Rayuan Semak Semula adalah RM50.00 bagi satu kertas dan secara dalam talian.

Keputusan dalam tempoh 15 hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan dan boleh disemak di pautan

semakan keputusan stpm 2 okt 2025semakan keputusan stpm 2 okt 2025

Sementara itu, result keseluruhan STPM 2025 bagi calon yang terlibat dengan semakan semula tersebut akan dikemaskini dan dihantar secara terus oleh MPM di sistem UPU bagi tujuan permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi.

Sumber: Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

Pendaftaran Ulangan Semester 2 STPM 2025

Pendaftaran ulangan Semester 2 STPM 2025 dibuka kepada semua jenis calon mulai 2 Oktober 2025, Khamis, jam 10.00 pagi sehingga 12 Oktober 2025, Ahad, jam 11.30 malam.

Pendaftaran dan pembayaran adalah secara dalam talian melalui pautan :

Anda juga boleh membuat pendaftaran melalui Portal MPM di / [Laman Utama Portal MPM > Calon Peperiksaan > STPM > Pendaftaran Ulangan ]

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk media sosial rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia di bawah:

Baca juga:



News

Berita Olahraga

News

Berita Terkini

Berita Terbaru

Berita Teknologi

Seputar Teknologi

Drama Korea

Resep Masakan

Pendidikan

Berita Terbaru

Berita Terbaru

Berita Terbaru