Senarai Syarikat Jenama Produk Popular Sokong Israel
Dalam dunia moden hari ini, pengguna bukan lagi membeli hanya berdasarkan harga dan kualiti, tetapi juga nilai kemanusiaan di sebaliknya.
Tindakan rejim Zionis Israel menyerang Palestin mendorong ramai umat Islam memboikot produk berkaitan Israel sebagai bantahan.
Banyak syarikat besar menyalurkan bantuan kepada Israel, dan hasil jualan produk secara tidak langsung digunakan membiayai serangan ke atas rakyat Palestin. Boikot berterusan memberi kesan ekonomi dan menjadi mesej tegas agar penindasan dihentikan.
Artikel berkaitan: Doa Untuk Palestin: Lafaz Doa dan Maksudnya
Pengenalan Ekonomi Israel
Israel dikenali sebagai antara negara dengan ekonomi yang pesat berkembang di Timur Tengah, didorong oleh sektor teknologi tinggi (high-tech), pertahanan, pertanian moden, dan pelaburan asing.
Negara itu mempunyai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melebihi AS$500 bilion, dan menjadi hab penting bagi syarikat teknologi global.
Walau bagaimanapun, di sebalik kekuatan ekonominya, Israel kini berdepan tekanan besar akibat konflik yang berlarutan, terutamanya perang di Gaza dan ketegangan yang semakin memuncak dengan Iran.
Agensi penarafan kredit Fitch memberi amaran bahawa krisis geopolitik boleh menjerumus Tel Aviv ke dalam tekanan ekonomi serius. Bank Israel pula menganggarkan kos perang antara 2023 hingga 2025 mencecah AS$55.6 bilion (RM243 bilion).
Israel dijangka meningkatkan perbelanjaan ketenteraan sebanyak 1.5% daripada KDNK, yang akan menyebabkan defisit awam meningkat dan membebankan bajet negara. Dalam jangka panjang, situasi ini boleh mengurangkan pelaburan asing, melemahkan sektor eksport dan meningkatkan inflasi.
Kenapa Perlu Boikot?
Boikot merupakan cara paling berkesan dan aman untuk menunjukkan penentangan terhadap kezaliman rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin.
Ia bukan sekadar menolak produk, tetapi tindakan simbolik dan strategik untuk memberi tekanan dari segi ekonomi, politik, dan moral.
1. Tekanan Ekonomi kepada Penindas
Setiap ringgit yang dibelanjakan untuk produk yang menyokong Israel boleh menjadi sumber kewangan untuk meneruskan penindasan dan peperangan.
Dengan memboikot, kita secara langsung mengurangkan aliran dana kepada rejim yang menindas rakyat Palestin. Langkah ini boleh menjejaskan kekuatan kewangan Israel dan memberi kesan besar terhadap operasi ketenteraan mereka.
2. Tindakan Aman Tetapi Berkesan
Boikot ialah senjata tanpa kekerasan yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Walaupun kelihatan kecil, jika dilakukan secara kolektif oleh jutaan pengguna, ia memberi impak ekonomi yang besar dan menyampaikan mesej bahawa masyarakat dunia tidak menyokong kekejaman mereka.
3. Kuasa Pengguna Mampu Bawa Perubahan
Apabila syarikat melihat produk mereka ditolak kerana menyokong Israel, mereka akan terdorong untuk mengubah dasar atau memutuskan hubungan dengan entiti yang terlibat.
Ini membuktikan bahawa kuasa pengguna mampu mempengaruhi keputusan korporat dan dasar global.
4. Sokongan Pemimpin dan Tokoh Dunia Islam
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, turut menyarankan umat Islam terus memboikot produk dan syarikat yang menyokong serta menyalurkan dana kepada Israel.
Beliau menegaskan bahawa walaupun masyarakat dunia tidak mempunyai banyak cara untuk menghentikan kekejaman rejim Zionis, boikot adalah tindakan nyata yang boleh dilakukan oleh semua orang.
Menurut beliau:
“Umat Islam seramai 1.7 bilion di seluruh dunia. Jika separuh atau suku daripada jumlah itu memboikot, ia satu isyarat jelas kepada Israel.”
Tun Dr. Mahathir juga menekankan bahawa pengguna boleh menggantikan produk yang diboikot dengan alternatif tempatan yang tidak kurang hebatnya. Beliau secara berseloroh menyatakan:
“Saya bersyukur kerana saya tidak minum lagi kopi Starbucks. Saya pergi kedai lain. Rupa-rupanya kopi kedai lain lagi sedap daripada Starbucks.”
Beliau turut menyarankan umat Islam merujuk senarai produk yang menyokong Israel di media sosial sebagai panduan sebelum membuat pembelian, supaya pilihan kita selari dengan prinsip kemanusiaan dan solidariti terhadap Palestin.
Sumber: Harian Metro, 21 November 2023
Senarai Jenama Produk Popular Pro Israel
Menurut NGO Aqsa Working Group dan #BDSmovement, berikut antara produk popular Amerika Syarikat yang dikaitkan dengan sokongan terhadap Israel :
- Dior
- Coca Cola
- Pepsi
- Nescafe
- Starbucks
- Unilever
- HP (Hewlett Packard)
- Garnier
- Nike
- Revlon
- Estee Lauder
- Apple (Mac)
- Palmolive
- Kellogg’s
- Nivea
- McDonald’s
- Dove
- KitKat
- Nestle
- Colgate
- Neutrogena
- Rexona
- Evian
- Marks & Spencer
- NOTA:
- *PUMA telah menarik sokongan terhadap Israel pada Disember 2023
- NOTA:









Semakan Senarai Produk Yang Memberi Sokongan Kepada Israel
Terkini, anda boleh membuat semakan di laman web berikut untuk mengetahui sama ada sesebuah jenama terlibat dengan pembangunan ekonomi atau penglibatan tentera Israel


1. Semak Melalaui Boycott The Witness
Semakan tersebut boleh dibuat di laman web


Layari : untuk membuat semakan produk jenama Israel yang patut diboikot.


Dalam laman web tersebut, akan dinyatakan senarai lengkap serta alasan KENAPA produk tersebut diboikot. Terdapat juga butang ‘Proof’ untuk anda mengetahui bukti dakwaan tersebut dengan lebih terperinci.
Aksesori Pakaian & Fesyen
Berikut merupakan antara produk dari Israel bagi kategori pakaian dan fesyen:
- Source Sandals (Tekking dan sandal hiking)
- Elie Tahari
- TNT (Pakaian)
- Tzomet Sfarim
- YVEL (Kalung, Cincin, Anting-anting, Gelang)
- Leibish & Co. (Perhiasan)
- Cassidi
- Castro
- Fox (Pakaian)
- Gottex (Pakaian renang pereka)
- Honigman
- Kenvelo
- Naot (Kasut, sandal)
Makanan & Produk Tenusu
Berikut merupakan antara produk dari Israel bagi kategori Makanan & Produk Tenusu:
- L’Chaim Vodka
- Landwer Coffee
- Lone Tree Brewery
- MacDavid
- Max Brenner
- Mey Eden
- Neviot (air mata air)
- Noblesse (rokok)
- Osem (syarikat)
- Rabl (syarikat)
- Kumpulan Strauss
- Tara (Israel)
- Tempo Beer Industries
- Time (rokok)
- Tiv Ta’am
- Tnuva
- Vodka Perfect
- Teh Wissotzky
- Angel Bakeries
- Bamba (Kudapan)
- Berman’s Bakery
- Bissli (snek gandum Israel)
- Carmel Agrexco
- Kilang Wain Carmel
- Air Mineral Ein Gedi
- Hijau Galilee
- Klik (gula-gula)
- Krembo
Ubat, Kesihatan, Perubatan & Produk Makanan
Berikut merupakan antara produk dari Israel bagi kategori Ubat, Kesihatan, Perubatan & Produk Makanan
- Teva Pharmaceuticals
- CardiacSense Ltd
- Super-Pharm
- Teva Active Pharmaceutical Ingredients
2. Semak Melalui Boycott Israel
Selain itu, anda juga boleh buat semakan melalui pautan ini:


Boycott-Israel.org ialah sebuah platform yang berpangkalan di Aarhus, Denmark.
Platform ini berusaha menyokong keamanan, keadilan dan penghormatan terhadap undang-undang antarabangsa serta hak asasi manusia.
Matlamat mereka adalah untuk menggunakan pengaruh secara bertanggungjawab bagi memupuk nilai kemanusiaan dan amalan beretika dalam masyarakat.
Produk Alternatif Buatan Malaysia
Tahukah anda, terdapat pelbagai alternatif produk buatan Malaysia dan keluaran tempatan yang boleh dibeli, antaranya :
- Marrybrown
- Secret Recipe
- 1901
- Manhattan Fish Market
- Zus Coffee
- San Francisco Coffee
- Padini
- Saji
- Gardenia
- Adabi
- Sunquick
- Mak Siti
- Mokti’s Ice Cream
- Beryl’s
- Boh Tea
- Ramly Burger
- Faiza
- Adela
- Ayamas
- Mydin
- Az-Zain
- Elianto
- Simplysiti
- Big Apple
- Jimmy Choo
- Ogawa
- Appeton






Rujuk selanjutnya : Jenama Barang Buatan Malaysia (Alternatif Produk Pro-Israel)
Panduan Boikot Oleh Mufti Wilayah Persekutuan
Panduan berikut amat wajar dipertimbangkan agar boikot yang dilaksanakan benar-benar mencapai matlamat, berstrategi, tidak menyimpang daripada objektif yang digariskan dan tidak menzalimi pihak yang tidak bersalah:
1 – Fokus matlamat kempen boikot adalah untuk menekan syarikat-syarikat yang terlibat secara langsung agar menukar polisi mereka berkenaan Palestin dan Israel.
2 – Dalam melaksanakan boikot, sikap tabayyun dalam menerima maklumat adalah amat diperlukan, bagi memastikan syarikat yang ingin diboikot benar-benar ada penglibatan secara langsung dengan Israel. Ini bagi mengelakkan berlakunya sebarang kezaliman terhadap pihak yang tidak bersalah.
3 – Kita hendaklah melaksanakan kempen boikot secara bijak dan berhikmah dan tidak bertindak dengan cara ekstrem dan melulu seperti memaki hamun pekerja di syarikat yang terlibat memandangkan mereka sekadar mencari rezeki, mensabotaj dengan merosakkan infrastruktur atau mengambil gambar pelanggan yang sedang makan dan menularkannya ke media sosial dengan tujuan menjatuhkan imej.
4 – Kita juga perlu mengambil kira pengecualian dalam kes terpencil, contohnya terdapat pihak yang tidak mampu menjayakan keseluruhan boikot jenama-jenama berkenaan kerana kekangan tertentu seperti masalah kesihatan dan ubat yang diperlukan hanya dikeluarkan oleh jenama tertentu sahaja, atau anak hanya boleh minum susu jenama tertentu sahaja, jika ditukar akan menyebabkan masalah alahan dan sebagainya.
5 – Hukum pekerja yang bekerja di syarikat francais yang mereka membayar royalti kepada syarikat induk yang mungkin terlibat dengan menyumbang kepada negara haram Israel adalah harus dan gajinya adalah halal selagi syarikat yang mereka bekerja tidak membantu Israel secara langsung seperti memberi sumbangan atau lain-lain.
Kesimpulan
Kesimpulannya, boikot bukan sekadar tindakan kecil ia adalah mesej global bahawa kekejaman tidak akan diterima.
Setiap ringgit yang anda belanjakan membawa kesan. Dengan menolak produk yang menyokong penindasan, kita menggunakan kuasa pengguna untuk “mendera” rejim Israel secara ekonomi, menyokong perjuangan rakyat Palestin, dan menunjukkan solidariti kita sebagai umat manusia.
Pilih produk yang bukan sahaja memenuhi keperluan hidup, tetapi juga menyokong nilai kemanusiaan dan keadilan termasuk perjuangan rakyat Palestin.
Sumber: BAYAN LINNAS SIRI KE-281: BOIKOT EKONOMI SEBAGAI STRATEGI MELAWAN ZIONIS: NASIHAT DAN PANDUAN
News
Berita Olahraga
News
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Teknologi
Seputar Teknologi
Drama Korea
Resep Masakan
Pendidikan
Berita Terbaru
Berita Terbaru
Berita Terbaru