Secara rasminya, sembilan buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) kini dikenali sebagai Sekolah Berasrama Penuh Teknikal (SBP-T). Pengumuman penjenamaan semula ini diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Langkah ini melibatkan pemindahan operasi pengurusan SMT daripada Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV) ke bawah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Jadi, ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang berminat dalam bidang STEM, teknologi atau kejuruteraan, ini antara laluan yang boleh diterokai.
Sekolah SM Teknik Kini Dikenali sebagai SBP-T
Sekolah Menengah Teknik (SM Teknik) yang kita kenal selama ni dah berwajah baharu dan jenamakan semula semua secara rasminya menjadi Sekolah Berasrama Penuh Teknikal (SBP-T).
Pengurusan sSM Teknik ini pun dipindahkan terus ke bawah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP).
Maksudnya, status SBP-T ni sekarang dah setaraf dengan SBP yang lain dan lebih berfokus kepada melahirkan ‘pakar’ dalam bidang STEM sekaligus bersedia memenuhi keperluan pasaran kerja masa hadapan.

Kenapa perubahan ini dibuat?
- Memartabatkan Pendidikan TVET: Mengangkat darjat dan meletakkan aliran Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional ke tahap lebih tinggi.
- Memperkasakan Agenda STEM: Memperkukuh peranan sekolah dalam melahirkan modal insan cemerlang bagi bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik.
- Keperluan Tenaga Kerja Mahir: Melahirkan kumpulan profesional masa hadapan bagi memenuhi unjuran industri negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.






Senarai 9 Sekolah SMT yang Terlibat
Berikut adalah sembilan buah sekolah yang kini diiktiraf sebagai SBP-T:
- SMT Alor Setar (Kedah)
- SMT Tunku Abdul Rahman Putra (Pulau Pinang)
- SMT Cheras (Kuala Lumpur)
- SMT Tuanku Ja’afar (Negeri Sembilan)
- SMT Bukit Piatu (Melaka)
- SMT Kuala Terengganu (Terengganu)
- SMT Kuantan (Pahang)
- SMT Johor Bahru (Johor)
- SMT Sejingkat (Sarawak)
Apa Itu Sekolah Menengah Teknik?
SMT merupakan sekolah menengah atas iaitu Tingkatan 4 dan 5 yang memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara.
Setelah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari sama ada di institut pendidikan tinggi awam (IPTA) atau institut pendidikan tinggi swasta (IPTS) dalam pelbagai bidang khususnya kejuruteraan dan seterusnya menjadi tenaga profesional.
5 kursus teknikal yang ditawarkan:
- Kejuruteraan Awam
- Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
- Kejuruteraan Mekanikal
- Perdagangan
- Sains Pertanian
2 tahun pengajian:
i. Tingkatan 4
ii. Tingkatan 5
Kurikulum di sekolah: KSSM (Kurikulum Standard Sekolah Menengah)
Mata Pelajaran:
| Kejuruteraan Awam | Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik | Kejuruteraan Mekanikal | Perdagangan | Sains Pertanian |
|---|---|---|---|---|
| Pengajian Kejuruteraan Awam | Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik | Pengajian Kejuruteraan Mekanikal | Prinsip Perakaunan | Biologi |
| Lukisan Kejuruteraan | Pengajian Keusahawanan | Sains Pertanian | ||
| Fizik Kimia Matematik Tambahan |
||||
| Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sejarah Pendidikan Islam / Pendidikan Moral Pendidikan Jasmani dan Kesihatan |
||||
Syarat Kemasukan Sekolah Menengah Teknik
Syarat Umum:
- Calon adalah Warganegara Malaysia;
- Calon mesti murid Tingkatan Tiga (3) pada sesi akademik semasa memohon;
- Calon mesti mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid;
- Calon mesti menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK);
- Calon mesti menduduki Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi);
- Calon sihat tubuh badan;
- Calon mesti tiada sebarang kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang menghadkan, membataskan, dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali;
- Calon mesti TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA; dan
- Calon mesti berminat dengan program yang dipohon.
Syarat Khusus:
Calon memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 4 (Pentaksiran Bilik Darjah – PBD) bagi mata pelajaran berikut:
- Reka Bentuk dan Teknologi / Asas Sains Komputer
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
Sumber rujukan: BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL
Soalan Lazim SM Teknik Kini SBP Teknikal
Sekolah Menengah Teknik (SMT) yang kini dinaikkan taraf menjadi Sekolah Berasrama Penuh Teknikal.
9 buah Sekolah Menengah Teknik di seluruh Malaysia kini dikenali sebagai Sekolah Berasrama Penuh Teknikal.
Tidak. SBP-T fokus 100% pada peperiksaan SPM, manakala KV fokus pada sijil kemahiran kerja (SVM/DVM).
Berikut adalah sembilan buah sekolah yang kini diiktiraf sebagai SBP-T:
1. SMT Alor Setar (Kedah)
2. SMT Tunku Abdul Rahman Putra (Pulau Pinang)
3. SMT Cheras (Kuala Lumpur)
4. SMT Tuanku Ja’afar (Negeri Sembilan)
5. SMT Bukit Piatu (Melaka)
6. SMT Kuala Terengganu (Terengganu)
7. SMT Kuantan (Pahang)
8. SMT Johor Bahru (Johor)
9. SMT Sejingkat (Sarawak)
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.