Cara Top Up Touch n Go


Tambah nilai atau top up Touch ’n Go boleh dilakukan dengan mudah sama ada melalui aplikasi TNG eWallet ataupun secara fizikal di kedai-kedai tertentu yang berdaftar. Untuk maklumat lanjut dan panduan terkini, anda boleh merujuk terus ke portal rasmi TNG di www.touchngo.com.my

Touch ’n Go (TNG) kini menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk pelbagai urusan harian seperti beli barang online, bayar bil, tol, isi minyak, membayar tol, mengisi minyak.

Terbaru, pengguna boleh menikmati subsidi kerajaan seperti Subsidi RON95 BUDI MADANI dengan menggunakan aplikasi eWallet TNG, tanpa perlu menggunakan mykad.

Cara Top Up Touch n Go
Budi Madani RON95

Pengguna wajib buat eKYC TNG (electronic Know Your Customer) untuk menggunakan eWallet TNG bagi menebus subsidi RON95 BUDI MADANI.

Untuk mengetahui mengenai cara top up Touch ’n Go, penggunaan eWallet TNG dan lain-lain panduan penting, sila baca artikel di bawah.

BACA JUGA: eKYC Touch n Go – Cara Pengesahan Akaun Sebelum 20 Dis 2024

Apa Itu Touch n Go (TNG)? 

Touch ‘n Go atau eWallet TNG ialah ialah sistem pembayaran tanpa tunai utama yang membolehkan transaksi cashless di pelbagai premis termasuk stesen minyak, kedai runcit dan platform digital. 

Touch ‘n Go (TNG) merangkumi dua komponen utama: kad Touch ‘n Go fizikal dan aplikasi eWallet TNG. Setiap satu menawarkan kelebihan dan fungsi tersendiri yang memudahkan urusan harian rakyat Malaysia dalam pelbagai situasi.

Kad Touch ‘n Go

Kad Touch ‘n Go adalah kad prabayar tanpa sentuh yang telah digunakan sejak 1997 untuk pembayaran tol di lebuh raya, pengangkutan awam (LRT, MRT, bas), parkir dan pembelian kecil di premis rakan niaga terpilih.

Pengguna hanya perlu sentuh kad di terminal untuk membuat pembayaran serta-merta tanpa perlu tunai. Kad ini boleh ditambah nilai di kaunter, mesin layan diri  atau stesen minyak.

Kad Touch 'n GoKad Touch 'n Go
Kad Touch ‘n Go

TNG eWallet

eWallet TNG pula adalah aplikasi dompet digital (e-wallet) yang boleh dimuat turun pada telefon bimbit. 

Aplikasi ini membolehkan pengguna menyimpan wang digital, membuat pembayaran QR, pemindahan wang, tambah nilai prabayar, serta membayar bil utiliti dan membeli tiket secara dalam talian.

Semuanya hanya melalui telefon pintar. Aplikasi ini kini menerima fungsi untuk menebus subsidi kerajaan seperti Subsidi RON95 BUDI MADANI dan pelbagai ganjaran digital.

eWallet Touch 'n Go (TNG eWallet)eWallet Touch 'n Go (TNG eWallet)
eWallet Touch ‘n Go (TNG eWallet)

Fungsi utama:

  • Pembayaran kod QR di kedai, pasar raya, restoran, dan e-dagang.
  • Pembelian petrol RON95 bersubsidi di bawah program BUDI MADANI.
  • Pemindahan wang serta-merta ke akaun lain (DuitNow).
  • Bayaran tol dan parkir secara automatik melalui PayDirect dan RFID apabila kad fizikal dihubungkan ke aplikasi.
  • Pembelian dalam talian di pelbagai platform e-dagang.
  • Penyimpanan dan semakan baki digital, top up fleksibel (bank, kad debit, tunai di runcit).

Kelebihan:

  • Mudah dan pantas: Urusan harian jadi lebih lancar tanpa tunai, sekadar sentuh atau imbas kod QR, dan transaksi selesai dalam beberapa saat.
  • Serba boleh: Satu aplikasi/kad boleh guna untuk tol, pengangkutan, pembelian, pembayaran dan subsidi.
  • Selamat: Ciri keselamatan seperti pengesahan akaun, eKYC dan notifikasi transaksi.
  • Jimat kos dan masa: Tanpa perlu bawa wang fizikal berlebihan, semua rekod transaksi mudah disemak dalam aplikasi.
  • Meluas digunakan: Diterima di ribuan lokasi termasuk tol, stesen minyak, restoran, kedai runcit dan platform e-dagang.

BACA JUGA: TNG eWallet BUDI95 – Semakan Status & Kuota RON95

Cara Top Up Touch n Go

Salah satu perkara penting bagi memastikan penggunaan kad Touch ’n Go dan eWallet TNG berjalan lancar ialah memastikan baki sentiasa mencukupi.

Berikut ialah cara top up Kad Touch n Go (Biasa), Kad Touch n Go (NFC), eWallet TNG & TNG Charm.

1.Cara Tambah Nilai Kad Touch n Go (Biasa)

Untuk kad TNG biasa (bukan NFC), tambah nilai boleh dilakukan secara manual di pelbagai lokasi fizikal seperti:

  • Cawangan 7-Eleven
  • Kaunter atau lorong tambah nilai di plaza tol terpilih.
  • Mesin ATM bank tertentu.
  • Pusat perkhidmatan pelanggan TNG di bandar
  • Pusat Perkhidmatan Pelanggan TnG
  • Hab TnG
  • Mesin TNG Spots
  • Kiosk Petrol
  • Kedai serbaneka
  • Farmasi
  • Kiosk layan diri
  • Kaunter Perkhidmatan Pelanggan di Plaza Tol terpilih
  • Lorong tambah nilai di plaza tol di lebuh raya terpilih

Rujuk senarai operator bertauliah yang dilantik oleh TNGSB di seluruh Semenanjung Malaysia: https://www.touchngo.com.my/consumer/toll/card/reload-your-card/

Pusat Tambah Nilai Touch n GoPusat Tambah Nilai Touch n Go
Pusat Tambah Nilai TNG

NOTA:

  • Anda boleh menambah nilai kad TnG anda dengan RM10, RM20, RM35, RM50, RM100, RM200 dan RM500. Nilai tambah nilai maksimum dihadkan pada RM1,500 untuk tujuan keselamatan.
  • Proses tambah nilai memerlukan pengimbasan kad fizikal di kaunter atau mesin tambah nilai. Jadi pastikan anda bawa kad TNG anda.
  • Tiada caj tambahan dikenakan di kebanyakan lokasi seperti 7-Eleven. Walaubagaimanapun, sesetengah lokasi mungkin mengenakan sedikit caj untuk setiap transksi tambah nilai kad TNG.

2. Cara Tambah Nilai Kad Touch n Go (NFC)

Sekiranya anda mempunyai kad TNG yang didatangkan dengan fungsi NFC, proses top up lebih mudah kerana ianya boleh dilakukan terus dari telefon mudah alih anda.

Proses tambah nilai bagi kad NFC membolehkan pengguna menambah nilai tanpa perlu ke kiosk atau kedai fizikal.

Syaratnya, telefon pintar anda haruslah mempunyai fungsi NFC ini.

Pastikan juga anda telah memasang aplikasi TNG eWallet pada peranti anda, sekiranya belum boleh muat turun daripada salah satu pautan di bawah:

  1. Google Play
  2. App Store

Untuk tambah nilai kad TNG FC anda, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun dan buka aplikasi TNG eWallet.
  2. Pilih ikon “TNG Card” dari menu utama aplikasi.
  3. Pastikan kad NFC anda sudah dipautkan dan didaftarkan dalam aplikasi.
  4. Klik butang “Reload” dan aktifkan fungsi NFC pada telefon anda.
  5. Apabila keluar sahaja halaman “Ready to Scan”, letak atau “kad” TnG NFC anda pada belakang telefon anda.
  6. Pilih jumlah tambah nilai dan klik “Reload Now”.
  7. Masukkan PIN eWallet untuk sahkan transaksi.
  8. Letakkan sekali lagi kad anda pada bahagian belakang telefon untuk lengkapkan proses tambah nilai.
Top Up Touch n Go (NFC)Top Up Touch n Go (NFC)
Top Up Kad TNG (NFC)

NOTA:

  • Pastikan fungsi NFC di telefon aktif dan kad TNG NFC berada dekat dengan sensor NFC telefon semasa proses tambah nilai untuk pengesahan yang berjaya.
  • Had baki maksimum kad NFC adalah RM1,500 dan tiada caj tambahan dikenakan semasa tambah nilai melalui aplikasi.
  • Sekiranya telefon anda masih tidak dapat mengesan kad anda, gerakkan kad anda ke atas atau bawah (sesetengah telefon pintar mempunyai pengesan NFC pada bahagian atas atau bawah telefon pintar).

3. Cara Tambah Nilai eWallet TNG

Tambah nilai atau reload eWallet TNG boleh dilakukan secara dalam talian (online) atau dapatkan PIN di mana-mana 7Eleven, 99 Speedmart, KK Super Mart, Shell, and Watsons untuk reload TNG anda.

Berikut adalah langkah-langkah untuk tambah nilai eWallet TNG:

  1. Buka aplikasi eWallet TNG di telefon pintar.
  2. Pilih menu “Top Up” atau “Tambah Nilai”.
  3. Pilih kaedah pembayaran yang sesuai seperti kad kredit/debit, perbankan dalam talian, DuitNow, atau reload PIN. PIN boleh di beli di mana-mana 7Eleven, 99 Speedmart, KK Super Mart, Shell, and Watsons.
  4. Masukkan jumlah yang ingin anda tambah ke dalam eWallet.
  5. Sahkan transaksi dengan memasukkan PIN atau pengesahan biometrik jika diperlukan.
  6. Baki eWallet anda akan dikemaskini dengan segera selepas transaksi berjaya.

Tambah Nilai eWallet TNG Menggunakan PIN

Anda boleh membeli reload PIN di mana-mana 7Eleven, 99 Speedmart, KK Super Mart, Shell, and Watsons dan masukkan kod PIN tersebut dalam aplikasi untuk tambah nilai. Proses ini mudah dan sesuai bagi mereka yang tidak menggunakan perbankan dalam talian.

Cara Top Up Touch n Go Cara Top Up Touch n Go
Cara Top Up eWallet TNG guna Pin

Had tambah nilai maksimum biasanya adalah RM1,500 dan tiada caj tambahan dikenakan untuk transaksi tambah nilai menggunakan aplikasi.

Pastikan sentiasa cek baki eWallet bagi mengelakkan gangguan semasa transaksi harian seperti pembayaran tol, pembelian minyak atau transaksi runcit.

Touch ‘n Go PIN Tambah Nilai eWallet boleh didapati di: KLIK UNTUK SENARAI KEDAI

Rujuk tutorial video di bawah untuk menambah nilai eWallet TNG anda menggunakan pin:

Panduan Bergambar Topup eWallet TNG Menggunakan Pin

Topup Touch n Go eWallet TNG Menggunakan PINTopup Touch n Go eWallet TNG Menggunakan PIN
Topup Touch n Go eWallet TNG Menggunakan PIN
Cara Top Up Touch n Go Cara Top Up Touch n Go
Topup Touch n Go eWallet TNG Menggunakan PIN
Cara Top Up Touch n Go Cara Top Up Touch n Go
Topup Touch n Go eWallet TNG Menggunakan PIN

4.Cara Tambah Nilai Kad yang Dinaiktaraf & Touch n Go Charm

Kad Touch ‘n Go yang dinaiktaraf serta Touch n Go Charm yang dilengkapi dengan teknologi NFC membolehkan pengguna menambah nilai dengan lebih mudah dan pantas menggunakan aplikasi Touch ‘n Go eWallet.

Berikut adalah langkah ringkas untuk tambah nilai kad dinaiktaraf atau TNG Charm:

  1. Muat turun dan buka aplikasi eWallet TNG pada telefon pintar anda.
  2. Dari halaman utama aplikasi, klik ikon TNG Card.
  3. Pilih kad atau charm yang ingin ditambah nilai. Pastikan kad atau charm itu dilengkapi ciri NFC (ikon NFC akan berwarna biru).
  4. Klik butang Reload.
  5. Letakkan kad atau charm Touch n Go pada bahagian belakang telefon yang mempunyai sensor NFC (untuk iPhone di bahagian atas belakang telefon, untuk Android di bahagian tengah belakang telefon).
  6. Masukkan jumlah nilai tambah yang diingini (had maksimum setiap transaksi tambah nilai melalui eWallet adalah RM500).
  7. Sahkan pembayaran dengan memasukkan PIN 6-digit eWallet anda.
  8. Sentuh kembali kad atau charm pada bahagian belakang telefon bagi melengkapkan proses tambah nilai.
  9. Jika berjaya, paparan skrin akan menunjukkan Reload Successful. Jika gagal atau dalam proses, paparan juga akan memberi notifikasi sewajarnya.
  10. Untuk mengesahkan baki terkini, boleh klik ikon NFC pada kad atau charm dan ikut arahan di aplikasi.

Panduan Bergambar Tambah Nilai Kad yang Dinaiktaraf & Touch n Go Charm

Cara Top Up Touch n Go Cara Top Up Touch n Go
Cara Tambah Nilai Kad yang Dinaiktaraf & TNG Charm
Cara Top Up Touch n Go Cara Top Up Touch n Go
.Cara Tambah Nilai Kad yang Dinaiktaraf &TNG Charm
Cara Tambah Nilai Kad yang Dinaiktaraf & Touch n Go CharmCara Tambah Nilai Kad yang Dinaiktaraf & Touch n Go Charm
.Cara Tambah Nilai Kad yang Dinaiktaraf & TNG Charm

Rujuk tutorial video di bawah untuk menambah nilai kad TNG yan dinaiktaraf & Touch n Go Charm:

Touch ‘n Go Charm

Touch ‘n Go Charm pula adalah aksesori NFC berbentuk charm yang boleh digantung pada kunci, beg, telefon atau lanyard.

Ia juga sepenuhnya NFC-enabled, bermakna fungsi reload & semak baki melalui eWallet TNG adalah sama seperti kad NFC.

Touch ‘n Go Charm boleh digunakan untuk pembayaran tol, pengangkutan awam, parking, dan transaksi berasaskan sistem TNG.

Ia juga boleh didaftarkan serta dipautkan ke aplikasi eWallet seperti kad biasa.

Tambahan lagi, siri Touch ‘n Go Charm seperti Wildlife Edition membawa mesej kesedaran sambil memberi ganjaran eksklusif kepada pengguna.

Auto Reload TNG

Auto Reload TNG adalah ciri dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet yang membolehkan pengguna secara automatik menambah nilai ke dalam baki eWallet mereka apabila baki jatuh ke paras minimum yang telah ditetapkan.

Bagaimana cara untuk mengaktifkan fungsi auto-reload?

  1. Lancarkan aplikasi Touch ‘n Go eWallet dan pilih baki eWallet
  2. Klik ikon “Reload eWallet”, dan klik ikon “Auto-Reload”.
  3. Jika anda telah pun mempaut kad kredit pilihan anda ke Touch ‘n Go eWallet, sila ke langkah 6.
  4. Anda perlu memasukkan butiran kad kredit anda, tandakan kotak persetujuan bagi membenarkan Touch ‘n Go eWallet mengenakan caj RM1 untuk tujuan pengesahan dan tekan butang ‘Add This Card’. RM1 akan dipulangkan selepas pengesahan berjaya dilakukan.
  5. Dimaklumkan bahawa caj terapung RM1.00 dicaj pada kad kredit atau debit anda setelah anda menambahkan kad sebagai kegemaran anda akan dikembalikan kepada kad kredit atau kad debit anda (kad kredit dalam masa 7 hari / kad debit debit dalam masa 21 hari).
  6. Anda akan dibawa ke halaman bank yang mengeluarkan kad di mana anda perlu memasukkan Kata Laluan Sekali Guna (OTP) yang diterima melalui SMS dari bank yang mengeluarkan kad.
  7. Anda boleh menetapkan jumlah minimum (RM20 – RM100) dan jumlah auto-reload yang anda mahu (RM100, RM200, RM 300, RM 500,  RM 1000, and Others)
  8. Pilih kad kredit anda. Kad Debit tidak boleh digunakan untuk perkhidmatan auto-reload ini.
  9. Tekan butang “Save” dan anda sudah pun selesai!
Cara Top Up Touch n Go Cara Top Up Touch n Go
Cara Aktifkan Auto Reload TNG
Cara Top Up Touch n Go Cara Top Up Touch n Go
Cara Aktifkan Auto Reload TNG

Rujuk tutorial video di bawah untuk aktifkan fungsi auto-reload di aplikasi eWallet TNG:

SOS Balance – Cara Topup Baki Tak Cukup Dekat Tol

SOS Balance ialah ciri dalam aplikasi Touch ‘n Go (TNG) eWallet yang memberi kemudahan kredit kecemasan untuk pengguna membuat pembayaran tol walaupun baki eWallet mereka tidak mencukupi.

Ia direka khas supaya pemandu tidak tersekat di plaza tol apabila baki eWallet hampir habis atau tidak mencukupi untuk bayar tol.

Ciri ini diaktifkan secara automatik kepada pengguna setia TNG eWallet dan hanya digunakan untuk pembayaran tol di plaza tol yang menyokong Touch ‘n Go RFID atau PayDirect.

Pengguna akan diberikan tempoh 24 jam untuk menambah nilai eWallet dan menyelesaikan baki SOS Balance yang digunakan. Jika baki tertunggak tidak dijelaskan dalam tempoh 24 jam, ciri ini akan digantung sehingga baki diselesaikan.

Rujuk cara SOS top up Touch n Go dengan ciri TNG SOS Balance dalam video di bawah:

Panduan Daftar Kad & eWallet TNG

Sekiranya anda baru sahaja mempunyai kad Touch n Go dan belum mendaftar dan aktifkan eWallet TNG, anda boleh rujuk cara di bawah.

Sebaik sahaja anda membeli kad TNG, anda perlu pautkan (add) kad Touch ‘n Go ke aplikasi eWallet TNG secara langsung melalui aplikasi eWallet di telefon.

Proses ini termasuk memasukkan nombor siri kad atau imbas kad menggunakan NFC (jika telefon menyokong) dan sahkan pautan dalam aplikasi.

Semua transaksi kad Touch ‘n Go boleh dipantau melalui portal rasmi MYTouchnGo atau aplikasi eWallet, di mana anda boleh melihat rebat, menguruskan akaun, dan memindahkan pemilikan kad jika perlu.

Anda juga boleh menyekat atau membatalkan kad anda dengan menghubungi 03-2714 8888 Touch ‘n Go Careline Centre, 7:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari, termasuk cuti umum.

Anda juga boleh memantau semua transaksi TnG anda, melihat rebat dan memindahkan pemilikan kad anda melalui portal.

Cara Top Up Touch n Go Cara Top Up Touch n Go
Pendaftaran Kad & eWallet TNG

Cara Daftar Kad Touch ‘n Go & eWallet

1. Muat Turun & Daftar Akaun eWallet

  • Muat turun aplikasi rasmi Touch ‘n Go eWallet di Google Play Store atau Apple App Store.
  • Buka aplikasi, klik “Daftar/Sign Up”, masukkan nombor telefon aktif.
  • Masukkan kod OTP yang diterima untuk pengesahan.
  • Tetapkan PIN 6-digit untuk keselamatan.
  • Lengkapkan maklumat peribadi (nama penuh seperti MyKad, emel, dll).
  • Selesai daftar, login ke akaun menggunakan nombor telefon dan PIN tadi.

2. Lengkapkan Proses eKYC (Verifikasi Identiti)

  • Klik ikon profil dalam aplikasi.
  • Pilih “ACCOUNT VERIFICATION”, kemudian “VERIFY ACCOUNT”.
  • Pilih jenis ID (MyKad/Military/Passport), imbas gambar IC/pasport, dan swafoto (selfie) mengikut arahan.
  • Hantar, tunggu proses pengesahan (beberapa minit – sehingga 7 hari bergantung dokumen).

Cara Pautkan Kad Touch ‘n Go ke eWallet

Untuk Kad TNG Biasa:

  • Buka aplikasi TNG eWallet > pilih ikon “Toll”.
  • Pilih “TNG Card”, klik “Add a New Card”.
  • Masukkan nombor siri 10-digit yang tertera di belakang kad, tekan “Submit”.
  • Masukkan PIN eWallet bagi mengesahkan.
  • Kad TNG kini dipautkan ke eWallet – anda boleh semak baki, tambah nilai dan guna fungsi PayDirect jika RFID diaktifkan.

Untuk Kad TNG NFC (Tambah Nilai Terus Melalui eWallet):

  • Dari menu utama aplikasi, pilih ikon “TNG Card”.
  • Klik “Add Card” atau simbol ‘+’, ikut arahan NFC jika telefon sokong (imbas kad di belakang telefon).
  • Atau, isikan nombor siri kad secara manual jika tiada NFC.
  • Sahkan kad, beri nama pada kad jika mahu, tekan butang “Add”.
  • Kad akan aktif dan terpaut dengan aplikasi; tambah nilai terus secara online dengan eWallet atau kad debit/kredit.

Setelah berjaya, kad Touch ‘n Go akan terpaut ke eWallet dan anda boleh tambah nilai, semak baki dan nikmati pelbagai fungsi tanpa perlu ke kiosk atau kaunter fizikal lagi.

Aplikasi membenarkan pautan sehingga 5 kad TNG pada satu akaun dan kad boleh digunakan untuk tol, pengangkutan awam, parkir, dan pembelian kecil di premis terpilih. Proses eKYC pula wajib demi keselamatan, penebusan subsidi serta urusan digital yang lancar.

Rujuk artikel berikut untuk panduan cara daftar TNG dengan lebih terperinci: Touch n Go – Cara Daftar, Aktifkan eWallet & eKYC

Maklumat Lanjut

Dapatkan info terkini dan maklumat lanjut mengenai Touch ‘n Go di:

Soalan Lazim Cara Top Up Touch n Go

Bagaimana cara tambah nilai eWallet Touch ‘n Go?

Buka aplikasi TNG eWallet, pilih menu “Top Up”, kemudian pilih kaedah seperti kad debit/kredit, perbankan dalam talian (FPX/DuitNow), reload PIN, atau pergi ke kiosk dan kedai runcit yang mengambil bahagian.

Boleh tambah nilai kad Touch ‘n Go biasa di mana?

Anda boleh tambah nilai di 7-Eleven, kiosk Touch ‘n Go, mesin ATM bank tertentu, kedai runcit, dan kaunter tol terpilih.

Bagaimana tambah nilai kad Touch ‘n Go NFC?

Boleh tambah nilai terus melalui aplikasi eWallet TNG menggunakan telefon yang mempunyai fungsi NFC dengan menempatkan kad di belakang telefon ketika proses tambah nilai.

Adakah terdapat caj untuk tambah nilai?

Kebanyakan lokasi tambah nilai tidak mengenakan caj tambahan, tetapi ada beberapa lokasi mungkin mengenakan caj servis. Sentiasa semak maklumat terkini di portal rasmi atau aplikasi.

Adakah terdapat had tambah nilai untuk TNG eWallet?

Had maksimum tambah nilai bagi setiap transaksi di aplikasi TNG eWallet adalah sekitar RM500 sahaja. Untuk tambah nilai kad Touch ‘n Go NFC pula, had baki maksimum kad adalah RM1,500.

Bagaimana cara aktifkan Auto Reload?

Dalam aplikasi, pilih menu “Auto Reload”, pautkan kad kredit, tetapkan paras baki minimum dan jumlah tambah nilai automatik. Pastikan pengesahan kod OTP dari bank selesai

Bolehkah tambah nilai TNG menggunakan JomPAY?

Ya, pengguna boleh tambah nilai eWallet dengan JomPAY menggunakan kod bil yang diberikan dalam aplikasi.

Apa perlu dibuat jika kad hilang TNG atau dicuri?

Hubungi Touch ‘n Go Careline di 03-2714 8888 untuk menyekat kad dan elak penggunaan tidak sah. Daftar kad di portal MYTouchnGo untuk memudahkan pengurusan dan pulangan nilai baki.

Bolehkah saya top up Touch ‘n Go guna IC (MyKad)?

Ya, MyKad yang mempunyai fungsi Touch n Go (biasanya yang ada cip 64K ke atas) boleh digunakan seperti kad Touch n Go biasa untuk membuat pembayaran tol dan transaksi. Untuk menambah nilai, pengguna perlu pergi ke stesen minyak, kedai serbaneka seperti 7-Eleven, atau kiosk Touch n Go bagi menambah nilai pada MyKad tersebut.

Bagaimana cara top up Touch ‘n Go online Maybank2u?

Login ke Maybank2u, pilih pembayaran bil, masukkan butiran Touch ‘n Go sebagai penerima dan ikut arahan bayar. Wang akan dikreditkan ke akaun Touch ‘n Go anda.

Boleh ke topup Touch ‘n Go di Watson?

Ya, beberapa cawangan Watson menyediakan perkhidmatan tambah nilai kad Touch ‘n Go secara tunai di kaunter.

Di mana saya boleh reload Touch ‘n Go tanpa caj?

Tambah nilai tanpa caj boleh dilakukan di kebanyakan kiosk Touch ‘n Go, 7-Eleven, stesen minyak Shell dan kedai runcit rasmi yang lain. Semak sentiasa lokasi dan terma terkini melalui Touch ‘n Go.

Boleh ke Guardian topup Touch ‘n Go?

Kebanyakan cawangan Guardian tidak menyediakan perkhidmatan tambah nilai Touch ‘n Go secara langsung, walaupun beberapa cawangan mungkin menawarkan perkhidmatan eWallet.



News

Berita Olahraga

News

Berita Terkini

Berita Terbaru

Berita Teknologi

Seputar Teknologi

Drama Korea

Resep Masakan

Pendidikan

Berita Terbaru

Berita Terbaru

Berita Terbaru