Sijil Darjah Enam Agama SDEA 2025 – Jadual Peperiksaan
Tahukah anda, selain UPKK, terdapat penilaian yang dilaksanakan di peringkat negeri yang berbeza dengan amalan kebangsaan.
Misalnya di Selangor, pelajar aliran sekolah agama menduduki peperiksaan dikenali sebagai Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang diduduki murid Tahun Enam. PSRA adalah peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS).
Di Johor, peperiksaan untuk sekolah agamanya dikenali sebagai Sijil Darjah Enam Agama (SDEA), di Perak ia dinamakan Sijil Rendah Agama Islam Negeri Perak (SRAI) dan di Wilayah Persekutuan pula Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA).
Secara keseluruhannya, walaupun mempunyai kepelbagaian bentuk nama penilaian namun objektif masih menuju ke matlamat yang sama iaitu menilai tahap kemahiran dan kebolehan pelajar dalam bidang pembacaan dan hafazan Al-Quran, Bahasa Arab, Pendidikan Jawi, Amali Solat serta Amali Cara Hidup Islam.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang SDEA dan jadual peperiksaan SDEA untuk sesi 2025.
Mengenai SDEA
SDEA ialah Sijil Darjah Enam Agama yang merupakan peperiksaan khas untuk murid-murid di Sekolah Agama Kerajaan Johor di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Peperiksaan ini bertujuan untuk menilai dan menguji pengetahuan murid dalam subjek-subjek agama di peringkat rendah.
Antara subjek bagi peperiksaan ini adalah seperti berikut:
- Akhlak dan Tasawuf
- Sirah
- Tajwid
- Lughatul Arabiah
- Muamalat, Munakahat, Jinayat
- Ibadat dan Faraid
- Tafsir Al-Quran dan Hadith
- Tauhid
Tarikh Peperiksaan
Untuk makluman, peperiksaan bertulis Sijil Darjah Enam Agama Sekolah Agama Kerajaan Johor bagi sesi persekolahan tahun 2025 berlangsung pada tarikh berikut:
1 DISEMBER 2025 SEHINGGA 4 DISEMBER 2025

Sila rujuk jadual peperiksaan dalam lampiran di bawah.
Jadual Peperiksaan SDEA Sesi 2025
Berikut dilampirkan jadual waktu peperiksaan bagi Sijil Darjah Enam Agama untuk murid-murid sesi persekolahan 2025.






Soalan Lazim
Peperiksaan ini merujuk kepada Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Peperiksaan ini akan berlangsung pada 1 sehingga 4 Disember 2025.
Subjek yang berkaitan adalah seperti berikut:
– Akhlak dan Tasawuf
– Sirah
– Tajwid
– Lughatul Arabiah
– Muamalat, Munakahat, Jinayat
– Ibadat dan Faraid
– Tafsir Al-Quran dan Hadith
– Tauhid
Info Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut dan info terkini, sila layari Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Baca juga: Permohonan STAM 2026 KISAS (Sijil Tinggi Agama Malaysia Tingkatan 6)
News
Berita Olahraga
News
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Teknologi
Seputar Teknologi
Drama Korea
Resep Masakan
Pendidikan
Berita Terbaru
Berita Terbaru
Berita Terbaru