Pilihan Raya Sabah 2025 (PRU DU 17) Semakan, Tarikh Mengundi


Pilihan Raya Negeri Sabah 2025 akan berlangsung mengikut jadual berikut: Hari Penamaan Calon pada 15 November 2025 (Sabtu), diikuti dengan Hari Mengundi Awal pada 25 November 2025 (Selasa), manakala Hari Mengundi utama ditetapkan pada 29 November 2025 (Sabtu).

PRN Sabah Ke-17 ini menjadi titik tolak penting dalam sejarah politik negeri dengan pelbagai parti bersaing sengit untuk membentuk kerajaan.

Keputusan ini mencerminkan landskap politik Sabah yang dinamik serta pengaruh kuat isu tempatan terhadap pilihan pengundi.

Istilah Baru Pilihan Raya Sabah & Sarawak

Selaras dengan kenyataan SPR, Pilihan Raya Sabah kali ini menggunakan istilah baharu yang dinamakan Pilihan Raya Umum (PRU) Dun Undangan (DU) Sabah.

Ianya sekaligus tidak menggunakan lagi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan tidak menggunakan nama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, mengikut Pindaan Perkara 1(2), Perlembagaan Persekutuan yang mengembalikan taraf Sabah dan Sarawak seperti dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Senarai Penuh Calon

Barisan Nasional (BN)

N.01 – N.09

  1. N.01 Banggi – Normalah Rasik
  2. N.02 Bengkoka – Datuk Harun Durabi
  3. N.03 Pitas – Datuk Bolkiah Ismail
  4. N.04 Tg Kapur – Kevin Lee Sip Kin
  5. N.08 Pintasan – Tadzul Radim
  6. N.09 Tempasuk – Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan

N.10 – N.31

  1. N.10 Usukan – Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak
  2. N.12 Sulaman – Dr Shahnon Rizal Thaijuddin
  3. N.13 Pantai Dalit – Alfian Sambas
  4. N.16 Karambunai – Datuk Yakubah Khan
  5. N.17 Darau – Arfandy Abdul Rahman
  6. N.24 Tg Keramat – Jeffery Noor Mohamed
  7. N.28 Kawang – Datuk Jamal Norubit @ Nerub
  8. N.29 Pantai Manis – Redzuan Ismail @ Gari
  9. N.30 Bongawan – Datuk Mohamad Alamin
  10. N.31 Membakut – Rusman Dulamit

N.32 – N.73

  1. N.32 Klias – Osin Jilon
  2. N.33 Kuala Penyu – Datuk Awang Aslee Laka
  3. N.34 Lumadan – Datuk Mohd Nazri Abdullah
  4. N.36 Kundasang – Japirin Sahadi
  5. N.37 Karanaan – Nadzmin Kamin
  6. N.38 Paginatan – Datuk Jemadi @ Junaidi Sahat
  7. N.41 Liawan – Datuk Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi
  8. N.45 Sook – Datuk Seri Arthur Joseph Kurup
  9. N.46 Nabawan – Lajji Ompongoh
  10. N.47 Telupid – Benedict Asmat
  11. N.48 Sugut – Mohammad Arifin Pachuk
  12. N.50 Labuk – Yusuf Latif
  13. N.51 Sg Manila – Zaini Tiksun
  14. N.52 Sg Sibuga – Datuk Suhaimi Nasir
  15. N.53 Sekong – Mohd Zharif Aizat Samsuddin
  16. N.58 Lamag – Datuk Seri Bung Moktar Radin
  17. N.59 Sukau – Datuk Jafry Ariffin
  18. N.60 Tungku – Saleha Wahid
  19. N.62 Silam – Sharif Musa Sharif Mabul
  20. N.63 Kunak – Datuk Seri Anil Jeet Singh
  21. N.66 Bugaya – Abdul Manan Indanan
  22. N.67 Balung – Erwan Palateh
  23. N.68 Apas – Dr Elmiariezan Ardan
  24. N.71 Tg Batu – Samsasuddin Yusop
  25. N.73 Sebatik – Aslan Fadli Samsul Alang

PKR (PH)

  1. N.18 Inanam – Datuk Peto Galim
  2. N.20 Api-Api – Thonny Chee
  3. N.23 Petagas – Awang Husaini Sahari
  4. N.35 Sindumin – Yamani Hafez Musa
  5. N.42 Melalap – Datuk Jamawi Jaafar
  6. N.50 Gum-Gum – Abdul Said Pimping
  7. N.54 Karamunting – Datuk George Hiew
  8. N.61 Segama – Romansa Lamin
  9. N.72 Merotai – Datuk Ruji Ubi
  10. N.44 Tulid – Rufinah Pengeran
Kredit: Sabah Media

Kredit: SabahNews 2.0

Parti Tindakan Demokratik (DAP) 

  1. N.19 Likas – Datuk Phoong Jin Zhe
  2. N.22 Tanjung Aru – Datuk Chan Foong Hin
  3. N.25 Kapayan – Datuk Jannie Lasimbang
  4. N.55 Elopura – Vivian Wong
  5. N.69 Sri Tanjong – Philip Yap Wui Lip
  6. N.21 Luyang – Chan Loong Wei
  7. N.56 Tanjong Papat – Tang Szu Ching

Tarikh-Tarikh Penting Pilihan Raya Sabah (PRN 17)

Berikut adalah tarikh tarikh penting Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke – 17:

  • Hari Penamaan Calon : 15 November 2025 (Sabtu)
  • Hari Mengundi Awal : 25 November 2025 (Selasa)
  • Hari Mengundi : 29 November 2025 (Sabtu)

SIDANG MEDIA SPR PRN SABAH | 16 OKTOBER 2025

Kredit: Buletin TV3

Untuk makluman, Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-16 telah dibubarkan berkuat kuasa Isnin 6 Oktober 2025.

Ia bertujuan untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17, dan memberi kuasa kepada rakyat Sabah menggunakan hak demokrasi mereka untuk menentukan siapa yang akan memimpin mereka. 

pilihan raya sabah 2025pilihan raya sabah 2025
pilihan raya sabah 2025pilihan raya sabah 2025
Kredit: Laman Web Rasmi Ketua Menteri Sabah

Ringkasan Pilihan Raya DUN Sabah Ke-16 Yang Lalu

PRU DUN Sabah Ke-16 memperlihatkan persaingan sengit antara blok kerajaan dan pembangkang dengan 447 calon bertanding merebut 73 kerusi.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) muncul sebagai blok terbesar dengan 29 kerusi, diikuti BN dan Warisan. Peratus keluar mengundi sederhana tinggi iaitu 66.61%, menunjukkan minat rakyat Sabah terhadap masa depan politik negeri.

Kemenangan GRS membawa kepada pembentukan kerajaan negeri baharu, menandakan perubahan penting dalam landskap politik Sabah selepas beberapa tahun berada di bawah pentadbiran Warisan.

Semakan Tempat Mengundi DUN Sabah

Berikut adalah antara paparan DUN dalam negeri Sabah. Peta yang terkini akan dikemaskini dalam masa terdekat mengikut makluman yang diterima oleh agensi sah / badan berkanun Kerajaan Negeri Sabah atau pihak SPR.

Untuk membuat semakan tempat anda mengundi, anda boleh layari laman web rasmi SPR

Melalui laman web ini, anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan dan kod captcha yang tertera dalam skrin.

pilihan raya negeri sabah 2025 PRNpilihan raya negeri sabah 2025 PRN

Maklumat lokaliti, daerah mengundi, DUN dan Parlimen tempat anda mengundi akan dipaparkan seperti dalam gambar di bawah:

Anda juga boleh membuat semakan bahagian sempadan daerah dan DUN Sabah dari semasa ke semasa.

Kredit: Tindak Malaysia

Senarai Ketua Menteri Sabah

Berikut adalah Senarai Ketua Menteri Sabah dari tahun 1963 hingga 2025:

1. Tun Mohd Fuad Stephens
16.09.1963 – 31.12.1964

2. Tan Sri Peter Lo Sui Yin
1.01.1965 – 10.05.1967

3. Tun Mustapha Harun
11.05.1967 – 31.10.1975

4. Tun Said Keruak
1.11.1975 – 13.04.1976

5. Tun Mohd Fuad Stephens
14.04.1976 – 6.06.1976

6. Tan Sri Harris Mohd Salleh
7.06.1976 – 15.03.1985

7. Tan Sri Joseph Pairin Kitingan
22.04.1985 – 16.03.1994

8. Datuk Seri Sakaran Dandai
17.03.1994 – 26.12.1994

9. Datuk Seri Salleh Said Keruak
27.12.1994 – 27.05.1996

10. Datuk Yong Teck Lee
28.05.1996 – 27.05.1998

11. Tan Sri Bernard Giluk Dompok
28.05.1998 – 14.03.1999

12. Datuk Seri Osu Sukam
15.03.1999 – 26.03.2001

13. Tan Sri Chong Kah Kiat
27.03.2001 – 26.03.2003

14. Tan Sri Musa Aman
27.03.2003 – 11.05.2018

15. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
12.05.2018 – 26.09.2020

16. Datuk Seri Hajiji Noor
29.09.2020 – (kini)

Baca juga:

Apa itu Pilihan Raya Negeri (PRN)?

Pilihan Raya Negeri atau PRN ialah proses rakyat memilih wakil mereka ke Dewan Undangan Negeri (DUN). Ia diadakan bila DUN dibubar oleh Sultan atau Yang di-Pertua Negeri.

Bila Pilihan Raya Negeri Sabah 2025 akan diadakan?

Pilihan Raya Negeri Sabah 2025 akan berlangsung mengikut jadual berikut: Hari Penamaan Calon pada 15 November 2025 (Sabtu), diikuti dengan Hari Mengundi Awal pada 25 November 2025 (Selasa), manakala Hari Mengundi utama ditetapkan pada 29 November 2025 (Sabtu).

Siapa yang boleh mengundi dalam PRN 2025?

Warganegara Malaysia yang:
Berumur 18 tahun ke atas
Telah berdaftar secara automatik dalam daftar pemilih SPR
Bermastautin atau beralamat dalam kawasan DUN yang ditandingi

Boleh ke tukar alamat mengundi sebelum PRN?

Ya, tapi hanya sebelum pembubaran DUN. Bila DUN dibubar, sistem SPR akan dihadkan sementara, jadi perubahan alamat tak boleh dibuat sampai proses pilihan raya selesai. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi SPR :

Bila keputusan PRN diumumkan?

Keputusan rasmi biasanya diumum oleh SPR pada malam hari mengundi atau awal pagi keesokan hari, bergantung pada jumlah kerusi dan kawasan.



News

Berita Olahraga

News

Berita Terkini

Berita Terbaru

Berita Teknologi

Seputar Teknologi

Drama Korea

Resep Masakan

Pendidikan

Berita Terbaru

Berita Terbaru

Berita Terbaru